Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Harapan Awek Pada Balaknya.....

More
17 years 3 weeks ago #17809 by nizam
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifat nya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin mebawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya
More
17 years 3 weeks ago #17831 by ieyja
kalau bole mmg nak dapat laki yg ada sumer ciri2 nie..

tp zaman skrng ni, bole dpt k?? ;)
More
17 years 3 weeks ago #17834 by nizam
ieyja wrote:

kalau bole mmg nak dapat laki yg ada sumer ciri2 nie..

tp zaman skrng ni, bole dpt k?? ;)


nanti jap.. check bleh dapat ker tak

Yang sentiasa haus...
Yang sentiasa dahaga ...
Yang boleh diajak ...
Yang tidak pernah gentar ....
Yang sentiasa bersama ....
Yang menjaga ....
Suaranya ....
Tidurnya....
Bangunnya....

lagi satu... pilihan ditangan anda.

type XXXX dan hantarkan ke. 019-... cepat sebelum ciri-ciri yg anda inginkan .... :laugh: :laugh: :laugh:
More
17 years 3 weeks ago #17840 by iza
huhu...seram jer tiba2 dgr ciri2 lelaki idaman tu..mampukah atau layak kah aku memperoleh lelaki sedemikian rupa..?? ahaksss...

pepe pon...Allah maha adel setiap apa yg ditentukan..ade hikmah nyer.. tp percya lah ....DIa dah menjanjikan..setiap yg baik akan mendapat yg baik... maknenyer..kalo diri kite baik..InsyaAllah akan dpt yg baik jgk.. kalo sblknyer..redha je lah...

tapi tak semua yg kita impikan dan idamkan akan kite dpat betul tak..??

p/S: ajal,maut..jodoh dan pertemuan..semua dh termaktub dlm luth dan mahfuz...

Wallah Hu A\'alam Bi sawab...
More
17 years 3 weeks ago #17886 by shafique
Yaa. bersederhana dalam idup.. Tuhan ada bagi orang nie lebey kat situ kurang kat cnie dan sebaliknya. Apa pon menarik apa yang nizam post. Apa pon kita kena berusaha sebelom serender pada takdir. Aku nak kuar jap. nanti aku sambung post balik.
More
17 years 2 weeks ago #17987 by pancuceng
:woohoo: :woohoo: aku kot yg ko cari tu,,,,:woohoo: :woohoo:

Attachments:
More
17 years 1 week ago #18087 by shafique
Hehehe... adakah Ceng pilihan anda? taipkan Ceng dan hantar ke 66099 :D

Tapikan dalam banyak2 line post tuan nizam tue ada la sket jer yang kena... Isk.. betapa penuh kekurang yang perlu di setting lagi nie. Isk.. Iskkk...
More
17 years 1 week ago #18099 by iza
hmm..sebenarnya..bagi iza..sifat2 yg ade kat atas tu bukan harapan iza pada bf iza..kot..

tapi harapan aku kat husband aku..pe barang...kat bf.. nk arr menda ni semua ada kat husband kiter...baru gempakk...:whistle:

p/s: im not looking for pakwe but looking for \'Someone\' special..pakwe leh carik ramai2..tapi yg \'Satu\' tu...susah nk carikk wooo...;)
More
16 years 9 months ago #18846 by zaciko
Alhamdulillah kalau dapat \'balak\' yg ada semua ciri-ciri tu. Tapi, setiap orang mesti ada kelebihan dan kekurangan masing2. so, terimalah dia seadanya. tak kire la, sebagai \'balak\' je ke, atau pun sebagai suami, yg penting kite boleh bertolak ansur dan saling memahami. :)
More
16 years 9 months ago #18894 by tzerole
terimalah orang yang anda sayangi seadanya...:laugh:
More
16 years 9 months ago #18906 by seladangganas
iza wrote:

hmm..sebenarnya..bagi iza..sifat2 yg ade kat atas tu bukan harapan iza pada bf iza..kot..

tapi harapan aku kat husband aku..pe barang...kat bf.. nk arr menda ni semua ada kat husband kiter...baru gempakk...:whistle:

p/s: im not looking for pakwe but looking for \'Someone\' special..pakwe leh carik ramai2..tapi yg \'Satu\' tu...susah nk carikk wooo...;)



tinggi harapan awek nak dapat balak yg gewd in what they want...but mcmana lak ngan guys sume??sama gak ker??or sebaliknye...terima seadanya is ayat yg always i heard...huhuhwakakwakak

:lol: :lol:
ps:jgn marah iza quote ko...saje je...hahahaha
More
16 years 9 months ago #18910 by kambenk
saya adalah lelaki awek selalu ada harapan pada saya..oleh itu sayangilah awek anda..<br><br>Post edited by: kambenk, at: 2007/06/08 05:55
Time to create page: 0.461 seconds