Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Pengganti minyak hitam ?

More
15 years 4 months ago #28738 by intoxicat
Petikan dari Kosmo 14 November 2008

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

\"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10,\" katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan \'minyak hitam\' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: \"Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya.\"

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

\"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku,\" katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia. name.my.

Orang ramai juga boleh melayari laman web www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama
More
15 years 4 months ago #28740 by Sky_Hanz
Menarik la info topik nie.. huhu
xpasan plak aku,sbb aku xbace kosmo.. :P

hehehehe
More
15 years 4 months ago #28781 by intoxicat
tapi lagi menarik kalo boleh ganti ngan minyak petrol :P ..sape yang pernah cuba sila la kongsi bersama..
More
15 years 4 months ago #28786 by erryzx_
Sky_Hanz tulis:

Menarik la info topik nie.. huhu
xpasan plak aku,sbb aku xbace kosmo.. :P

hehehehe


pe lg sky..ade bran test kt ex5 ko..?
:laugh: :laugh: :laugh:
More
15 years 4 months ago #28787 by mira1384
pasni minyak msk klape sawit lak yg naik harga...huhuhu :P
More
15 years 4 months ago #28789 by Sky_Hanz
erryzx_ tulis:

Sky_Hanz tulis:

Menarik la info topik nie.. huhu
xpasan plak aku,sbb aku xbace kosmo.. :P

hehehehe


pe lg sky..ade bran test kt ex5 ko..?
:laugh: :laugh: :laugh:


Hahahahaha...
nak try kaa...??
nak suh aku dulu pastu ko nak folow kerr..??
ade slumber x ..??:cheer: :cheer:
More
15 years 4 months ago #28805 by erryzx_

Sky_Hanz tulis:
Hahahahaha...
nak try kaa...??
nak suh aku dulu pastu ko nak folow kerr..??
ade slumber x ..??:cheer: :cheer:


hehe,..,klu agak2 moto ko dah bley kejar NAZA block D tu aku bley je follow,.,.~
selamber,.,.~ :laugh: :laugh: :laugh:
More
15 years 4 months ago #28815 by Sky_Hanz
erryzx_ tulis:

Sky_Hanz tulis:
Hahahahaha...
nak try kaa...??
nak suh aku dulu pastu ko nak folow kerr..??
ade slumber x ..??:cheer: :cheer:


hehe,..,klu agak2 moto ko dah bley kejar NAZA block D tu aku bley je follow,.,.~
selamber,.,.~ :laugh: :laugh: :laugh:


wak lu.. ko ingt moto aku motorboat apa...
cehh !!
wei.. bila mau angkat naza tue..??
:silly: :silly:
Time to create page: 0.432 seconds