TART GULUNG/TART ANEKA RUPA

More
11 years 2 months ago #24236 by khumaira




TART GULUNG/ANEKA RUPA

BAHAN:
125 gm butter
125 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem nanas..boleh dibeli dikedai bahan kuih/kek
atau.. (bole wat sendri)
1 biji nenas
blend dan masak sampai pekat barulah + gula
1/2 cawan air
1 cawan gula

BAHAN GLAZE/PENGILAT:
2 kuning telur
2 sudu kecil air
pewarna kuning

CARA:
1. Gaulkan butter,majerin dan gula sampai sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.

5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nanas sebesar biji kurma.
7. Letakkan jem nanas diatas adunan dan gulungkan.

8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.

10. Bakar dalam oven suhu 180\'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


P/S:SELAIN DR TART GULUNG,KITA JG PERNAH MENIKMATI JENIS TART YG BRBENTUK LAIN.
SEPERTI BNTUK BUNGA,BINTANG,MATAHARI DAN MCM2 LG.UTK HANTARAN KAWEN,UMAI
ADA TGK BNTUK LANDAK.KREATIF LE DORANG TU.MASUKN INTI DLM ADUNAN TPG,PASTU
DORANG GUNTING TART YG TELAH D BULATKN ITU.NMPAK LE TAJAM2 MCM DURI LANDAK.

INTI PULA,KITA LEH GUNAKN DR JEM NANAS,STRAWBERI,KURMA,BLACKCURRANT,
DAN SEGALA MCM JENIS JEM KITA LEH TARUH.SKA ATI LE.JNJI SDAPPPP....
:cheer:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.149 seconds