BANANA COOKIES CRUNCH

More
11 years 2 months ago #24490 by khumaira





BANANA COOKIES CRUNCH

BAHAN:

1 1/2 cawn tepung
1/3 sudu soda bikarbonat
secubit garam
1/2 cawn mentega tanpa garam
3 sudu besar shortening
4 sudu besar gula perang
1 biji telur
sedikit vanilla oil
1 1/2 cwan kerepek pisang

Cara-cara:

Biarkan mentega, shortening dan telur pada suhu bilik
Hancurkan kerepek pisang(kasar-kasar)
Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam

Pukul mentega dan shortening sehingga lembut
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga kembang
Masukkan telur dan vanilla oil. Pukul lagi.
Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati

Ambil sedikit adunan tadi. Kemudian salut dengan kerepek pisang yang dah dihancurkan tadi. Buatlah bentuk leper dalam 2-3 cm. Aturkan atas dulang. Buatlah sampai habis
Bakar dengan suhu 170C selama 18-20 minit.

MCM2 RESEPI YG DIREKA ZAMAN INI.CUBA LE,KLU SDAP BGTAU LAH YE.


INFO:Shortening atau lemak sayuran mengandungi 100% lemak sayuran (ada juga dari sumber haiwan) yang beku pada suhu bilik. Bila kita membuat pastri dan menggunakan shortening ia akan menghasilkan pastry yang flaky (berlapis) hasil penggunakan lemak sayuran yang telah dilapis dengan tepung.

Bila membuat biskut shortening selalu dipukul bersama gula supaya ia dapat memerangkap udara dan dapat menghasilkan biskut yang ringan.

Shortening juga bertindak sebagai bahan yang dapat menyatukan bahan-bahan yang berminyak dan juga bahan-bahan cecair supaya ia dapat bersatu dan sebati dengan sempurna.
:kiss:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.135 seconds