BISKUT FANCY ICE-CREAM

More
11 years 2 months ago #24492 by khumaira





BISKUT FANCY ICE CREAM

BAHAN:
******
3/4 cawan mentega
1/2 cawan gula aising
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu besar tepung kentang(potato flour)
1 sudu besar tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
2 sudu besar serbuk badam

TOPPING/LAPISAN ATAS:
*********************
coklat, yang telah dicairkan dengan sedikit minyak
butiran permata, sebagai hiasan

CARA:
*****
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengan serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.

Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak.

Setelah biskut masak,celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.:kiss:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.124 seconds