BISKUT TEMBIKAI

More
10 years 11 months ago #24496 by khumaira
BISKUT TEMBIKAI was created by khumaira





BISKUT TEMBIKAI

BAHAN:

150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat)

CARA:
*****
Pukul gula dan mentega hingga kembang, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam sdikit demi sdikit. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan 3 bahagian.

Ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah.bulatkn sebesar syiling 50sen.
Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau.Canai doh hijau setebal 3 mm.

Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 minit atau hingga masak.

MUDAH KAN???SLAMA NI UMAI TGK JE KUIH NI KAT UMAH ORG BILA HARIRAYA,SKANG DAH
BOLEH BUAT SENDIRI.SERONOKNYAAAA.....:woohoo:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.193 seconds