BISKUT BANGKIT NYONYA

More
10 years 11 months ago #24500 by khumaira





BANGKIT NYONYA

BAHAN:

350 g tepung sagu/ubi
3 helai daun pandan, dipotong2
150 g gula icing, diayak
1 sudu besar mentega
1 biji kuning telur
130 g pati santan (perah tanpa menggunakan air atau guna santan kotak yg kecil)
50 g pati santan (untuk kegunaan lain)
Secubit baking powder


CARA:

1. Tepung ubi disangai(grg tanpa myk) dalam kuali bersama2 daun pandan hingga ringan dan wangi, gunakan api perlahan selama 10 minit. Biarkan sejuk, kemudian ayak bersama baking powder. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, satukan gula icing, kuning telur dan pati santan, kacau menggunakan wisk/pemukul telur hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan senduk atau tangan. Masukkan tepung hingga habis dan bancuh hingga menjadi doh.

3. Tutup doh dengan kain lembap. Bahagi doh tapi kepada 3 - 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 0.5 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Boleh juga disepit untuk membuat corak. Susun dalam dulang dan bakar pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Kepanasan bergantung pada oven masing2.

5. Sejukkan kuih bangkit atas dulang sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


P/S: KUIH BANGKIT ADE PELBAGAI RUPA BNTUK DAN WARNA.TERPULANG PD MASING2.
JIKA KUIH PERTAMA YG KELUAR DR OVEN RASA TERLALU KERAS,MAKA TAMBAHLAH
1 SUDU BESAR PATI SANTAN PADA DOH UTK LEMBUTKN LG SDIKIT KUIH ITU.
SELAMAT MENCUBA SEMUA.........;)
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.268 seconds