Post kan pertua anda kat sini...

More
13 years 3 months ago #11249 by Awie
Elak urat timbul

Wanita yang mementingkan penampilan diri pasti malu jika urat disekitar kaki dan pehanya timbul. Perkara ini kerap dialami oleh wanita yang baru lepas melahirkan anak.Ambil segemgam kacang hijau dan rebus tanpa gula tetapi jangan sampai hancur.Hasilnya kacang hijau itu akan menjadi satu gelas. Makanlah pada setiap pagi dan petang Satu lagi petua yang boleh dicuba ialah setiap hari sebelum tidur malam, angkatlah kaki keatas setinggi mungkin dengan cara duduk melunjur dan badan bersandar pada dinding selama 10 minit. Selamat mencuba.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #11250 by Awie
Legakan Sengal

Sengal tulang dan ngilu memang tidak menyenangkan. Untuk melegakannya ambil satu jengkal halia dan cuci hingga bersih. Parutkannya dan tempelkan/lekatkan pada bahagian badan yang sengal dan ngilu itu, kemudian balutkannya.Walau terasa sedikit hangat dan panas, tetapi ia amat berkesan.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #11251 by Awie
Atasi perut buncit

Perut buncit dan boroi sudah tentu memalu kan samada lelaki mahupun wanita.cuba petua ini untuk mengurangkannya.Ambil tiga cubit bedak sejuk dan campur- kannya dengan sedikit kapur sirih dan air perahan limau nipis. Gaulkan semua bahan tadi dan lumurkan pada perut. Biarkan ia kering seketika kemudian ikat perut dengan sehelai kain. Amalkan sebelum anda tidur malam. Ambil perhatian kapur sireh yang berlebihan akan membuat perut anda panas.........

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #11252 by Awie
Menghalau lipas

Kita selalu gunakan daun pandan sebagai rencah pelengkap dan pewangi untuk kuih muih. Untuk pengetahuan anda daun pandan wangi juga boleh digunakan sebagai anti lipas
selain pewangi almari.Caranya mudah sahaja. Ambil 3 - 4 helai daun pandan dan letakkan dihujung atau dibahagian tepi almari, biarkan disitu sehingga kering, kemudian tukarkannya.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #11253 by Awie
Melegakan batuk

Bakar sekeping asam gelugur dan seulas bawang putih hingga hangus. Hancur dan gaulkan bahan-bahan tadi dengan minyak kelapa. Sapukan pada dada.Amalkan petua ini pagi dan malam, Insya-
allah berkesan. Andainya batuk berterusan berjumpalah dengan doktor....

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #11254 by Awie
Membersihkan karangan laut

Kerja membersihkan semua karangan laut yang hendak dimasak akan menjadi mudah jika anda menggunakan pelepah pisang.Caranya ambil sebatang pelapah pisang, masukkan karangan laut dalam besen yang berisi air . Gosokan karangan laut berkenaan menggunakan pelepah pisang kerana ia memudahkan kotorang yang melekat tertanggal.<br><br>Post edited by: Awie, at: 2006/08/31 00:03

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #11256 by Awie
Menjauhkan semut dari gula

Minyak dapat membantu mengatasi semut digula. Caranya lilitkan seutas tali guni disekeliling balang gula. Jika tidak ada tali guni gunakan sahaja kain yang dipintal. Lumurkan dengan minyak kelapa dan tutup rapat balang gula itu.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #11257 by Awie
Menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk.

Arang kayu boleh menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk anda.Dapatkan arang kayu yang sederhana besar bungkuskan dengan kain dan masukkan dalam peti sejuk anda.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #11259 by Awie
SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA

Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.



MENURUNKAN DARAH TINGGI

Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau
Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau
Makanlah biji buah Peria atau
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau
Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau
Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau
Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau
Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.




DEMAM BIASA

Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau
Minumlah air rebusan bunga melor.





SAKIT KEPALA

Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
Makanlah daun pokok Peria atau
Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.




SENGAL SENDI

Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau
Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau
Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau
Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau
Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.




SELSEMA

Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau
Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi
Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.




SUARA SERAK

Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau
Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.




BATUK/LELAH/SEMPUT

Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau
Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau
minumlah rebusan akar pokok melor atau
Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak
Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.




SAKIT GIGI

Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau
Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau
Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau
Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.




BENGKAK GUSI

Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau
Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.




GUSI BERDARAH

Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau
Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau
Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.




DEMAM CAMPAK

Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar atau
Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #11773 by Awie
Petua Melangsingkan Badan



Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 2 weeks ago #28864 by ilaaulala
WOW!!..bagusnye dia..hehehee
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 10 months ago #30282 by mila_shamila
PERTUA=utk org tua..
PERMUDA=utk org muda... kan3

Kunyit mengurangkan rabun mata

Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Jerawat

a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.


Sakit bahagian buah pinggang

Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci. Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman. Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah. Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.


Ubat Sakit Gastrik

Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang. Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.284 seconds