Air Mata Nabi Adam

More
11 years 5 months ago #27024 by radenajengnirwani
Air Mata Nabi Adam

Assalamualaikum W.b.t

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, \"Sedap sungguh air ini.\"

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, \"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.\"


Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, \"Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
\"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.\"


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
\"Huraisy\" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : \"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
\"Huraisy pun menjawab, \"Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.\"

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup hingga keakhir hayat , Insya\'Allah

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 5 months ago #27038 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic Air Mata Nabi Adam
ermm.. very interesting... meremang gak la bulu roma ni bila baca.. thats mean something. may be its my first time i read this...

thanks for posting this kak raden.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 5 months ago #27049 by Sky_Hanz
Replied by Sky_Hanz on topic Air Mata Nabi Adam
Menarik sgt2.. sampai kan kecut perut di buat nya bila teringat kesilapan lalu..
timbul keinsafan yg teramat, harap2 la melekat keinsafan itu smpai bila2 dan bukan hanya utk sementara saja...

trimass atas posting bahan bacaan ini..
~ request, mintak bahan bacaan lagi yg menarik yer kak... :)

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.237 seconds