HATI KITA, HATI DIA. PERNAH TAK FIKIR?

More
10 years 10 months ago #31965 by Z_zacky
Pernah atau tidak, kita fikir tentang perasaan insan yang kita

sayang? Yang kita cinta? Apa dia rasa bila kasihnya diduakan?

Cintanya dimadukan? Harapannya dipermainkan? Hatinya

dilukakan dengan perbuatan anda? Pernahkah anda terfikir jika

rasa itu kita yang rasa? Mungkin dalam setahun atau lebih

perkenalan tidak cukup untuk mengenali pasangan kita. Tapi

mesti ada banyak hal yang sudah dilakukan bersama. Pernahkah

kita terfikir, bila kita menduakan dia, kita sebenarnya hampir

melepaskan sejongkong emas dan seguni mutiara yang tiada had

nilainya?

Betul, jika anda kata jodoh pertemuan di tangan yang Esa. Tapi

pernah atau tidak anda terfikir kadang kala jodoh yang

ditentukan oleh Tuhan memang kuat untuk anda dan pasangan

anda sekarang, cuma anda yang cuba menidakkannya kerana

keegoan anda terlalu tinggi and nafsu menguasai perasaan anda?

Lelaki dan wanita sama egonya. Cuma sejauh mana anda

letakkan keegoan dan nafsu anda untuk mengawal pasangan

anda. Itulah yang anda perlu nilai sebenarnya.

Lelaki ego. Keegoan lelaki memang tinggi. Lelaki memang sukar

untuk mengakui kesalahan mereka kerana ego. Mereka tidak

mahu dijadikan punca sekiranya berlakunya masalah di dalam

perhubungan. Mereka tidak suka wujudkan rasa bresalah dalam

diri mereka. Itu adalah sifat lelaki. Keegoan mereka itu mengatasi

segala perasaan dan kadang kala keperimanusiaan.

Wanita pula mempunyai deria rasa yang kuat. Mereka cepat

terasa perubahan pada pasangan mereka. Sebahagian wanita

gagal untuk mengawal emosi apabila berlaku masalah dalam

perhubungan. Ada wanita bijak, tidak cepat melatah dan pandai

mengawal emosi tapi mereka akan mencari bukti hingga ketemu

dan disusuli dengan perubahan pada diri mereka. Perubahan

untuk kebaikan. Kenapa jadi begitu? Curiga , sensitif dan

cemburu. Wanita tidak akan lepas dari perasaan itu.

Cuba kita fikirkan kebaikan dan keburukkan selama anda hidup

bersama pasangan anda selama ini. Tidak kiralah yang bergelar

suami isteri, bertunang ataupun bercinta.

Contoh:
Pasangan anda seorang yang setia, jujur dan memberi

kepercayaan kepada anda 100%. Sanggup berkorban apa sahaja.

Masa, wang dan mungkin dirinya untuk anda. Pasangan anda

tidak pernah mempersoalkan bantuan yang dihulurkan untuk

anda dan keluarga anda. Jaga makan pakai anda. Semua

kebajikan anda, pasangan anda jaga dengan rela. Lengkap. Tiada

rungutan. Bila anda marah, dia hanya diam. Menjadi air adalah

terbaik baginya semasa anda menjadi api. Anda adalah nyawa

baginya. Adakah anda rasa terkongkong apabila dia ingin

mengetahui aktiviti anda? Siapa rakan anda? Niatnya baik, jika

berlaku sesuatu pada anda, dia tahu menghubungi rakan-rakan

anda tentang keadaan anda. Tapi yang terlintas difikiran anda?

Dia ingin mengongkong anda. BETUL TAK?

Tapi...

Sebagai hambaNya, manusia tidak ada yang sempurna. Dalam

kepercayaan yang diberi 100% sudah tentu ada curiganya. Dalam

menjadi yang terbaik sudah pasti ada cacatnya. Tapi kita gemar

menghukum tentang kecacatan itu tanpa perlu memikirkan segala

kebaikan yang pasangan kita lakukan.

Lebih-lebih lagi seorang wanita yang selalunya ingin dimanja setiap

masa. Bila anda dalam keadaan penat, disitulah dia mula buat hal.

Hendak itu dan ini. Anda pun apalagi cepat sahaja melenting.

Betulkan? Wanita hatinya amat sensitif.

Ada dua kategori wanita dalam hal sensitif ini.

Pertama, apabila anda memarahi atau menengkingnya, dia akan

terus melawan dan mengatakan perasaan tidak puas hatinya

pada anda. Dia akan meluahkan segalanya supaya anda tahu

hatinya amat terluka dengan tindakkan anda. Dia cuba

pertahankan haknya. Ketika itu, anda rasa dia hilang hormat pada

anda. Baginya biar sama-sama terluka. Pergaduhan besar pun

meletus. Ini tidak baik dalam perhubungan. Ia boleh menjadikan

keadaan bertambah buruk. Mungkin lansung membuat keputusan

tanpa berfikir panjang.

Kedua, dia hanya akan diam membeku seperti ais. Tapi anda

akan nampak beberapa minit kemudian ada titisan air matanya

dipipi. Dia akan hanya mendiamkan diri membiarkan anda

meluahkan rasa tidak puas hati anda. Setelah anda sejuk, barulah

dia cuba menyatakan apa yang terasa dihatinya. Dia akan

memikirkan dahulu cara bagaimana untuk bercakap dengan anda.

Yang paling baik baginya adalah dalam keadaan bergurau atau

kiasan, agar anda tidak terluka dengan kata-katanya. Wanita ini

amat menjaga hati pasangannya walaupun hatinya sendiri terluka

dengan marah dan tengkingan anda. Barulah keputusan boleh

dibuat dengan mesra dan tidak terburu-buru. Inilah baiknya, fikir

dahulu sebelum bertindak.

to be continue..... comment 1st k...

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 10 months ago #31967 by cik_mawar
:) Perempuan dicipta penuh dengan ketabahan...;)
Fikir2lah..
hehehe




Semoga Kita semua diberkati..amin

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 10 months ago #31978 by guydacosta
adeii pjg nyer.. semput plak nk baca... :boring: :boring:

kiv la dulu... :lol: :lol:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 10 months ago #31987 by sweetsmiley
lelaki tak semuanya terlalu ego. mungkin dorang tak bole \"dihentam\" tak tentu hala oleh wanita disebabkan pd pemikiran dorg wanita lebih menjurus kepada emosi daripada rasional.

yela, bile die penat skit, pastu die agak pasif (layan ala kadar pada si wanita), wanita terus assume, laki tu dah main kayu tiga or tak sayang dia.

tapi wanita pun same, wanita kan jiwa nya lembut.

kadang2 even tak ditengking, tapi ditegur secara direct, hati pun leh tersentuh. tapi yang pasti, selalunya, bile jadi macamtu, ppuan selalu terdiam & membisu. tak lame pstu msti mengalir air mata.
pastu, lelaki msti menggelabah... mase tu la girl bole mluahkan rasa hati dgn cara yg effective so that hati lelaki boleh kurang ego skit. :blush: hehehehe

tp jgn ngada2 la asik nangis jer.. :P :P

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 10 months ago #31999 by fazna_cute
hati kita yg dia x pernah terfikir,
sy nak jd normal dan x dambakn kemewahan
sy x mau hidup dlm kemewahan coz sy pernah hidup dlm kemewahn di dunia nie..
kemewahan yg menyebabkn sy menderita
biarlah org lain mengejar kemewahan tapi sy tidak

hati kita yg dia x pernah terfikir
sy ingin jd bdk kg coz sy x pernh langsung jd bdk kg
ingin merasa pengalaman di kg

hati kita yg x pernah dia fikir
adakah dia sanggup terima segala kelemahan sy bkn bersandarkn suara sy yg mnja itu kerana dari suara x menggambarkn diri kita yg sebenarnya

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 10 months ago #32010 by mira1384
artikel yg menarik...:positive:

eermm rupenye ade 2 kategori wanita dlm hal2 sensitif ni erh..
n nmpk nye kategori yg ke-2 tu mmg kene ngn diri ku ini..
n ape yg dinyatakn mmg mostly nyer btol..:blush:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 10 months ago #32011 by missfasha
Z_zacky tulis:

Pernah atau tidak, kita fikir tentang perasaan insan yang kita

sayang? Yang kita cinta? Apa dia rasa bila kasihnya diduakan?

Cintanya dimadukan? Harapannya dipermainkan? Hatinya

dilukakan dengan perbuatan anda? Pernahkah anda terfikir jika

rasa itu kita yang rasa? Mungkin dalam setahun atau lebih

perkenalan tidak cukup untuk mengenali pasangan kita. Tapi

mesti ada banyak hal yang sudah dilakukan bersama. Pernahkah

kita terfikir, bila kita menduakan dia, kita sebenarnya hampir

melepaskan sejongkong emas dan seguni mutiara yang tiada had

nilainya?

Betul, jika anda kata jodoh pertemuan di tangan yang Esa. Tapi

pernah atau tidak anda terfikir kadang kala jodoh yang

ditentukan oleh Tuhan memang kuat untuk anda dan pasangan

anda sekarang, cuma anda yang cuba menidakkannya kerana

keegoan anda terlalu tinggi and nafsu menguasai perasaan anda?

Lelaki dan wanita sama egonya. Cuma sejauh mana anda

letakkan keegoan dan nafsu anda untuk mengawal pasangan

anda. Itulah yang anda perlu nilai sebenarnya.

Lelaki ego. Keegoan lelaki memang tinggi. Lelaki memang sukar

untuk mengakui kesalahan mereka kerana ego. Mereka tidak

mahu dijadikan punca sekiranya berlakunya masalah di dalam

perhubungan. Mereka tidak suka wujudkan rasa bresalah dalam

diri mereka. Itu adalah sifat lelaki. Keegoan mereka itu mengatasi

segala perasaan dan kadang kala keperimanusiaan.

Wanita pula mempunyai deria rasa yang kuat. Mereka cepat

terasa perubahan pada pasangan mereka. Sebahagian wanita

gagal untuk mengawal emosi apabila berlaku masalah dalam

perhubungan. Ada wanita bijak, tidak cepat melatah dan pandai

mengawal emosi tapi mereka akan mencari bukti hingga ketemu

dan disusuli dengan perubahan pada diri mereka. Perubahan

untuk kebaikan. Kenapa jadi begitu? Curiga , sensitif dan

cemburu. Wanita tidak akan lepas dari perasaan itu.

Cuba kita fikirkan kebaikan dan keburukkan selama anda hidup

bersama pasangan anda selama ini. Tidak kiralah yang bergelar

suami isteri, bertunang ataupun bercinta.

Contoh:
Pasangan anda seorang yang setia, jujur dan memberi

kepercayaan kepada anda 100%. Sanggup berkorban apa sahaja.

Masa, wang dan mungkin dirinya untuk anda. Pasangan anda

tidak pernah mempersoalkan bantuan yang dihulurkan untuk

anda dan keluarga anda. Jaga makan pakai anda. Semua

kebajikan anda, pasangan anda jaga dengan rela. Lengkap. Tiada

rungutan. Bila anda marah, dia hanya diam. Menjadi air adalah

terbaik baginya semasa anda menjadi api. Anda adalah nyawa

baginya. Adakah anda rasa terkongkong apabila dia ingin

mengetahui aktiviti anda? Siapa rakan anda? Niatnya baik, jika

berlaku sesuatu pada anda, dia tahu menghubungi rakan-rakan

anda tentang keadaan anda. Tapi yang terlintas difikiran anda?

Dia ingin mengongkong anda. BETUL TAK?

Tapi...

Sebagai hambaNya, manusia tidak ada yang sempurna. Dalam

kepercayaan yang diberi 100% sudah tentu ada curiganya. Dalam

menjadi yang terbaik sudah pasti ada cacatnya. Tapi kita gemar

menghukum tentang kecacatan itu tanpa perlu memikirkan segala

kebaikan yang pasangan kita lakukan.

Lebih-lebih lagi seorang wanita yang selalunya ingin dimanja setiap

masa. Bila anda dalam keadaan penat, disitulah dia mula buat hal.

Hendak itu dan ini. Anda pun apalagi cepat sahaja melenting.

Betulkan? Wanita hatinya amat sensitif.

hmm sy akui sy memang sensitif, di awal perkenalan sy telah di ajar dgn panggilan dan sms setiap mlm..:(
namun sekarang..tiada lg..mengapa begitu ek?:unsure:

Ada dua kategori wanita dalam hal sensitif ini.

Pertama, apabila anda memarahi atau menengkingnya, dia akan

terus melawan dan mengatakan perasaan tidak puas hatinya

pada anda. Dia akan meluahkan segalanya supaya anda tahu

hatinya amat terluka dengan tindakkan anda. Dia cuba

pertahankan haknya. Ketika itu, anda rasa dia hilang hormat pada

anda. Baginya biar sama-sama terluka. Pergaduhan besar pun

meletus. Ini tidak baik dalam perhubungan. Ia boleh menjadikan

keadaan bertambah buruk. Mungkin lansung membuat keputusan

tanpa berfikir panjang.

Kedua, dia hanya akan diam membeku seperti ais. Tapi anda

akan nampak beberapa minit kemudian ada titisan air matanya

dipipi. Dia akan hanya mendiamkan diri membiarkan anda

meluahkan rasa tidak puas hati anda. Setelah anda sejuk, barulah

dia cuba menyatakan apa yang terasa dihatinya. Dia akan

memikirkan dahulu cara bagaimana untuk bercakap dengan anda.

Yang paling baik baginya adalah dalam keadaan bergurau atau

kiasan, agar anda tidak terluka dengan kata-katanya. Wanita ini

amat menjaga hati pasangannya walaupun hatinya sendiri terluka

dengan marah dan tengkingan anda. Barulah keputusan boleh

dibuat dengan mesra dan tidak terburu-buru. Inilah baiknya, fikir

dahulu sebelum bertindak.

to be continue..... comment 1st k...


sy terasa dengan artikel ini, sadis ..
memang sy sensitip.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 10 months ago #32012 by Sky_Hanz
syabas buat Z_zacky, teruskan usha anda...

Artikel ni mmg menarik minat daku.. :positive: :positive:

Sesungguh nya lelaki mmg penuh dgn ego nya dan ade jugak yg pandai mengawal ego.. Daku seringkali bertanya didalam hati ni, adakah ptt mementingkan ego dri sanggup menghadapi semua pertengkaran besar antara 2 insan.. Adakah sifat tolak ansur itu terlalu susah buat seseorang mengalah dalam satu pertengkaran, kenapa mesti kedua2 nya menjadi api..?? Tapi xsalah kalau kita mengalah walaupun salah kita.. Ini kerana ego pd daku xpenting dlm erti mengenal hati budi pasangan daku..

Daku mengaku mmg kadangkala ego itu ada dlm diri, semua itu xdpt dielakkan oleh dakusbgi seorang lelaki.. Tetapi daku jugak mengaku, ego yg selama ini tniggi pasti akan jatuh jugak.. krn ia xkan berada tinggi selama2nya, hanya manusia yg xtau menghargai sesuatu atau belum kena pada btg idung sndri yg hanya bangga dgn ego nya yg tnggi..

Sesungguhnya pasang daku kini telah bnyak mengajar apa erti kesabaran dlm diri ini, dia mempunyai sifat yg tiada dan tidak sama dgn org lain.. Daku bersyukur tuhan kurnia kan cinta antara kami berdua... Daku juga xpernah sama sekali merasakan busan dan jemu dalam mengenali hati budi nya.. Dalam menjaga hati ini dan hati pasangan ku, ia jugak xterlepas dri timbulnya selisih fhm antara daku dan dia..

Artikel ni membuat kan daku terfikir sejenak, mengimbau kembali apa yg pernah kami lalui sejak perkenalan kali pertama dimana ia xpernah dirancang kerana ia adalah satu anugerah yg daku sendiri pertama kali melaluinya..


p/s - make sure jgn jdi kan post ini pnuh dgn spammer.. :positive:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 10 months ago #32013 by sya_zachery
adoii taching taching..

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 9 months ago #32031 by fazna_cute
lelaki mmg cukup ego bagi sy sampai kdgkala sy fikir dia x fikir pasal hati sy kaa yg nak sgt perpisahan tue atas sikpnya tue

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 9 months ago #32046 by guydacosta
ego bertempat jer... :lol: :lol: :lol:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 9 months ago #32067 by fazna_cute
guydacosta tulis:

ego bertempat jer... :lol: :lol: :lol:


cthnya apa?

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.771 seconds