Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Berhenti Merokok - Bagaimana???

More
17 years 8 months ago #8525 by nizam
Langkah-langkah berhenti merokok


Terkini, formula baru untuk mengira risiko mendapat kanser paru-paru bagi perokok.

Rokok menyebabkan kanser. Bagaimanapun satu fakta yang perlu anda ketahui ialah bahan yang menyebabkan ketagihan iaitu nikotin bukanlah bahan yang menyebabkan kanser ini. Walaupun demikian, nikotin boleh menyebabkan masalah sakit cardiovascular. Bahan-bahan lain di dalam rokok ialah tar (kanser) dan carbon monoxide (sakit cardiovascular).

Risiko-risiko menghisap rokok

Rokok telah diketahui boleh menyebabkan penyakit-penyakit berikut:

kanser paru-paru, mulut dan salur bladder[/b

sakit jantung

sakit pernafasan seperti chronic bronchitis dan emphysema

strok (angin ahmar)

sakit-sakit lain seperti ulser peptik dan komplikasi semasa mengandung.

Kesan rokok ini bukan sahaja mengenai orang yang merokok (active smoking) tetapi juga orang yang tidak merokok yang duduk dekat dengan perokok dan menghidu asap rokok (passive smoking) terutamanya bayi dan kanak-kanak.
More
17 years 8 months ago #8526 by nizam
7 cara untuk membantu anda berhenti merokok

Bersihkan dan buang. Bersihkan dan buang semua rokok yang ada dalam simpanan anda.

Buat nota galakan dan peringatan. Tulis nota seperti "Anda sekarang bukan perokok" dan tampalkan pada tempat-tempat yang kerap anda kunjungi - di dalam bilik tidur, atas meja dsb.

Lakukan terus. Terus sahaja berhenti merokok pada hari yang telah anda tetapkan untuk berbuat demikian. Jangan berhenti secara beransur-ansur.

Tumpukan perhatian pada hari-hari yang dilalui.

Fikir positif. Fikirkan diri anda sebagai seorang yang bukan perokok. Sekiranya ada pelawaan, katakan kepada rakan anda itu "Saya tidak merokok".

Dapatkan sokongan dari keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja untuk membantu anda membuang tabiat buruk ini.

Melawan keinginan untuk merokok.

Melengahkan tindakbalas sekiranya anda rasa ingin merokok. Katakan pada diri anda "Nanti!!"

Menarik nafas panjang. Tarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan.

Minum air dengan banyak. Elakkan pengambilan air yang mengandungi kafein seperti kopi, teh atau kola.

Penuhkan masa anda dengan aktiviti. Ini penting supaya anda tidak selalu terfikir untuk merokok. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berkebun, membaca buku dsb.

Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

Membasuh tangan atau mandi sekiranya anda berasa ingin merokok.

Kunyah sesuatu seperi karot, chewing gum dsb.

Berdoa semoga anda diberi keazaman yang cekal untuk berhenti merokok.

Antara produk yang ada di pasaran yang boleh membantu anda berhenti merokok ialah :

Chewing gum, ubat tampal atau inhaler (sedut) yang mengandungi nicotin seperti Nicorette. Hanya boleh dibeli di farmasi atau klinik sahaja.[b/]
More
17 years 8 months ago #8527 by nizam

Peringkat awal berhenti merokok


Peringkat awal berhenti merokok mungkin adalah peringkat yang paling sukar bagi sesetengah perokok. Tanda-tanda atau simptom awal (dipanggil withdrawal symtoms) adalah seperti rasa mudah marah, sukar mengawal perasaan, kurang konsentrasi, risau, sukar untuk tidur, batuk, penurunan kadar nadi dan bertambahnya selera makan. Kesan-kesan ini selalunya akan hilang selepas tiga hingga empat minggu.



Nicorette

Nicorette membantu anda berhenti merokok dengan mengeluarkan nikotin ke dalam badan anda dan dengan itu mengurangkan rasa ketagih. Penggunaan Nicorette adalah lebih baik daripada rokok kerana ia tidak mempunyai bahan-bahan yang merbahaya seperti tar, karbon monoksida dsb yang banyak terdapat di dalam rokok. Berbanding tanpa penggunaan Nicorette, anda berpeluang berhenti merokok dengan jayanya 2 kali ganda. Nicorette dicipta untuk digunakan selama tiga bulan untuk kesan yang maksimum.


Nicorette Gum


Nicorette gum adalah sejenis getah kunyah (cewing gum) yang dapat membantu anda mengawal dan menahan rasa ingin merokok. Ia boleh digunakan pada masa-masa tertentu yang anda kehendakai contohnya semasa anda berada di kawasan larangan merokok dsb.

Nicorette Gum (Regular Strength) 2mg adalah sesuai untuk anda yang tidak mengalami ketagihan rokok yang serius (Markah 0 - 5 sahaja). Nicorette Gum (Extra Strength) 4mg pula sesuai untuk anda yang sangat ketagih pada rokok.

Cara menggunakan Nicorette Gum adalah berlainan berbanding getah kunyah yang biasa. Anda perlu mengunyah secara perlahan-lahan sehinggalah rasanya menjadi agak kuat. Selalunya ini dapat dicapai dalam masa seminit. Selepas itu, letakkan Nicorette Gum pada bahagian antara gusi dan pipi anda dan biarkan di situ sehingga rasa yang kuat tadi telah hilang. Sambung kunyahan anda. Setiap keping Nicorette Gum perlu digunakan selama 30 minit.





Nicorette Patch


Nicorette Patch adalah sejenis plaster yang ditampal di tempat-tempat tertentu sekali sehari. Ia membekalkan nikotin ke dalam badan anda selama 16 jam semasa anda tidak tidur.

Ada tiga jenis Nicorette Patch yang mempunyai kekuatan berlainan.

Sekiranya anda menggunakan cara ini, anda perlu meletakkan patch atau plaster tersebut sebaik sahaja anda bagun pagi. Ia perlu dicabut sebaik sahaja sebelum anda tidur. Ia perlu dilekatkan pada bahagian badan yang bersih, kering dan tidak berbulu di bahagian depan dada, atas lengan, peha atau bahagian "hip". Sekiranya boleh letakkan pada tempat yang berlainan pada setiap hari.





Nicorette Inhaler


Nicorette Inhaler atau Sedutan Nicorette sesuai untuk anda yang tidak mempunyai tahap ketagih yang tinggi.dan anda yang terbiasa membawa tangan anda ke mulut seolah-olah ingin merokok.
More
17 years 8 months ago #8551 by iEn
ada owang ckp kalau nak berenti rokok. makan ler cwing gam.. ntah tol ker idak.. isk3..

apa2 pon perubahan individu itu sendiri mesti dilaksanakan di samping dorongan2 oleh owang lain
More
17 years 7 months ago #8722 by guydacosta
terfikir korang sebenarnya..

sekiranya anda simpan duit yang selama ini anda membeli rokok... banyak mana agaknya...

contohnya.. sekotak rokok berharga RM 5.00.. dan anda menghisap satu kotak satu hari....

1 hari = RM 5.00
7 hari = RM 35.00
30 hari = RM 150.00
365 hari = RM 1825.00

x byk? itu kata anda.. tapi INGAT..sudah lama mana anda merokok.. dan harga rokok sentiasa meningkat...
kalu yang ketagih x mungkin sekotak.. mungkin sekurang2nya dua kotak satu hari...
lagipun.. apa yang anda dapat dengan menghisap rokok.... hanyalah PENYAKIT. sayangilah keluarga anda....
More
17 years 7 months ago #8723 by iEn
perrghh.. RM tinggi.. effect pon lagik tinggi.. isk3..
More
17 years 7 months ago #8796 by apih
kunyah je sesuatu jika rasa nak merokok
tak pun mandi
dan jangan la keluar lepak dengan kawan2 yang isap rokok..
sedari bahaye rokok dan masalah wang yang diginakan..

dah cuba dengan semua cara?tak berkesan?
solat hajat dan mintak lah doa... buat air solat hajat...

pergi kat klinik pakar....

Sedari akan amaran kerajaan:
Merokok membahayakan Kesihatan

carilah orang yang boleh mendorong anda supaya berhenti merokok
seperti girlfriends ke....

"nak seribu daya tak nak seribu dalih"

tanamkan azam dan tekad......"Aku Boleh!!!!"
More
17 years 7 months ago #8799 by fungkur
bercakap melalui pengalaman. masuk ari ni, dah dekat 3 bulan kut benti rokok. start umur 14 tahun dulu skang dah 23 tahun. 9 tahun dah dalam bidang rokok merokok. cukup la kut. antara sebab yg memungkinkan benti rokok ni

1. desakan dari org yg tersayang (ugutan sebenarnya.. miahaha..) . kalu kite dah rasa betul2 sayang kat org tu, mmg no hal punya la kalu nak benti rokok
2. masalah duit.

aku penah baca, ade 2 cara nak benti rokok ni. 1 cara slow, 1 lagi cara cepat.

1. kurangkan merokok dari sehari ke sehari. kalu biase tiap2 hari merokok 20 btg, kurangkan jadi esok 19 btg, lusa 18 btg, tulat 17 btg, tubeng 16 btg dan seterusnya....

2. beli kelapa muda, potong, masukkan tembakau dalam kelapa tu, perap air kelapa ngan tembakau tu, kemudian minum. kalu bole minum sampe muntah2. kompom lepas tu x bole dekat langsung dgn rokok!!

alhamdulillah aku x perlu guna dua2 cara atas ni utk benti

tips lagi , benti rokok tu jgn senyap2, bgtau suma org. rakan2 yg juga merokok mesti diorg akan kutuk ko, akan ckp ko poyo, dan cabar tgk sampe mana ko bole tahan benti rokok. cabaran ni la yg bole buat ko lagi rasa nak buktikan ko bole benti. daripada poyo last2 isap rokok balik pastu kene kutuk balik dek membe, baik kite buktikan trus yg kite bole benti rokok.. :woohoo:

<p>spit it out !</p>
More
17 years 7 months ago #8801 by fatlee
bile korang isap rokok....bermakna korang x sayang nyawa n x bersyukur dengan nyawa yg tuhan bagi kat korang.

cuba korang fikir kan ayat yg aku dpt ntah dari mae tah:-

&quot;Bila orang merokok, bermakna dia membunuh diri,bila dia membunuh diri bermakna dia murtad!&quot;


sendiri mau ingat la.........
More
17 years 7 months ago #8810 by iEn
a'a laarr.. sayangilah diri sendiri dan ramai lagik owang memerlukan kita.. Amalkan hidup secara sihat.. beliaaaa benci rokokkk!
More
17 years 7 months ago #10701 by guydacosta
pasal merook nie... byk kali telah dibidaskan oleh para ulama'
ada yang meletakkan ianya haram dan ada yg kata makruh...so terpulang pada individu masing2.. but for guy la..merokok adalah haram...

memang senang bg yg tidak hisap rokok kata itu la.. ini la... tapi apa sebenarnya masalah diorang nie.. cuba pahamkan betul2... mana tau sedikit sebanyak leh tolong...

erm.. seringkali kita dengo.. perempuan selalu kata... i tak suka lelaki merokok nie.. pengotor.. la.. busuk la... tp bila ada lelaki perokok masuk line... bila suka dh sama suka... kata2 dulu semuanya palsu belaka...
so.. kalu boleh la... sepatutnya ponpuan mainkan la peranan sebagai awek yg mithali...bagi nasihat, tegur apa yang patut... mana tau.. boleh melembutkan hatinya...<br><br>Post edited by: guydacosta, at: 2006/08/23 12:42
More
17 years 7 months ago #10705 by iza
berhenti merokok..?? hmmm..satu niat yg baikkk...

nk berhenti mcm ner..?? hmm..perlu ade satu nekad ad azam yg kuatt...

good luck pada sape yg tgh berusaha..utk berhenti..iza sokong...tk elok...

hmm..guy..mcm ne plak kalo awek yg merokok..pae perlu pkwe dia buat...? nk lempang ker..nk smash ker...nk jet kepala dia ker..ker...nk buang negeri jer...:woohoo: :laugh:
Time to create page: 0.563 seconds