Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA 60 TAHUN PBSMM

More
16 years 2 months ago - 16 years 2 months ago #21932 by kurtazuandy

Pendahuluan

Tahun 2008 genap 60 tahun Pergerakan Bulan Sabit Merah di Malaysia. Pelbagai aturcara telah disusun seperti tertera di dalam Program sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Bulan Sabit Merah Malaysia

Sehubungan dengan itu Ibu Pejabat Kebangsaan akan mengadakan Pertandingan mencipta logo sempena sambutan hari tersebut.

Konsep penciptaan logo sempena sambutan hari tersebut masih berkisar tentang kemanusiaan sejajar dengan penglibatan Bulan Sabit Merah di Malaysia atau di persada Antarabangsa, sejak tahun 1948 hinggalah tahun 2008 yang sentiasa berpegang kuat kepada Prinsip-prinsip Asas Pergerakan iaitu KEMANUSIAAN, KESAKSAMAAN , KEBERKECUALIAN, KEBEBASAN, KESUKARELAAN, KETUNGGALAN dan KESEJAGATAN. Pertandingan ini terbuka luas untuk remaja dan orang muda kerana orang muda boleh membuktikan yang mereka mempunyai fikiran dan daya cipta yang kreatif untuk mengekspiresikan mesej yang ingin mereka sampaikan dan diterjemahkan ke dalam imej yang mengambarkan 60 tahun khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Bulan Sabit Merah di dalam Negara Malaysia yang kita cintai.

Bersama-sama ini dikepilkan Lembaran Sejarah Bulan Sabit Merah Malaysia (petikan dan terjemahan daripada Buku Strategi 5 Tahun Bulan Sabit Merah Malaysia “ Bila-bila Masa dan di mana-mana jua” 2005-2009) sebagai panduan kepada remaja dan orang muda di Malaysia samada di Institusi Pengajian Tinggi atau di peringkat Sekolah Menengah untuk berkreatif mencipta logo sempena 60 tahun wujudnya Bulan Sabit Merah Malaysia.

Tema dan Syarat-syarat

- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Ahli BSM sangatlah di galakkan untuk menyertainya

- Rekacipta Logo & Slogan mesti disediakan dalam format illustrator (ai) atau CorelDraw (bagi yang menggunakan computer)

- Melukis lambang Bulan Sabit Merah atau Palang Merah dalam logo yang hendak di pertandingkan hendaklah Bulan Sabit Merah atau Palang Merah di atas latarbelakang putih.

- Setiap peserta hendaklah tidak meniru Logo & Slogan yang tersedia ada atau seakan-akan sama dengan web/syarikat atau kepunyaan orang lain dalam dan luar negeri.

Logo

- Cogan kata “Bila-Bila Masa dan Di Mana-Mana Jua” hendaklah di kekalkan penggunaannya dan jangan lupakan Jalur Gemilang sebagai lambang di mana kita bernaung di dalamnya (Malaysia Gemilang, Cemerlang dan Terbilang).

- Setiap peserta hanya dibenarkan merekacipta seberapa banyak logo yang diingini

- Logo yang sama bolehlah direkacipta dengan menggunakan pilihan warna seperti berikut:
Satu (1) warna.
i. Kombinasi dua (2) warna.
ii. Kombinasi tiga (3) warna.
iii. Kombinasi empat (4) warna.

- Peserta tidak semestinya menghantar kesemua pilihan warna.
- Penyertaan boleh dibuat samada menggunakan grafik komputer (amat digalakan) dan bentuk lukisan .

Tulisan.
- Font bagi Slogan yang dipilih hendaklah terang dan senang dibaca.

- Tulisan hendakalah menepati imej dan tema yang telah dinyatakan diatas.

- Tulisan hendaklah :-
i. Mempunyai makna
ii. Padat, jelas dan tepat
iii. Mudah diingati dan difahami oleh orang ramai.

Panel Juri

Panel Juri akan di lantik oleh Ibu Pejabat Kebangsaan yang akan mengadili semua kemasukan artikel pertandingan. Semua artikel pertandingan hendaklah sampai ke Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, No.32, Jalan Nipah, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur dengan email kepada [email protected] atau Pos Berdaftar atau Serahan Tangan sebelum 30hb Januari 2008. Borang Penyertaan

Hadiah-Hadiah.

Ibu Pejabat Kebangsaan akan menyediakan hadiah kepada pemenang seperti berikut:

Hadiah Pertama : RM 1,000.00 & Sijil Penyertaan
Hadiah Kedua : Sijil Penyertaan
Hadiah Ketiga : Sijil Penyertaan
Hadiah Saguhati : 5 logo-logo terpilih.


Kesemua artikel yang diserahkan untuk pertandingan tidak akan dipulangkan kepada peserta dan ianya adalah hak milik Bulan Sabit Merah. Artikel yang memenangi hadiah diatas akan dipamerkan semasa Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia dan akan juga di pamerkan semasa pertunjukan dan pameran “Road Show” BSM keseluruh Negara. Pemenang akan menerima hadiah di majlis tersebut yang akan diadakan pada 24hb Februari 2008.

Pemenang akan di hubungi apabila keputusan di umumkan oleh Panel Juri Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM.
REDCRESCENT MALAYSIA
Last edit: 16 years 2 months ago by kurtazuandy.
More
16 years 2 months ago #21936 by ciPuding_7
aiseh.. menarik.. macam susah je ni.. nak kena masuk jalur gemilang plak..
hm... tp menarik hadiah tu..
awat masa pertandingan reka logo fungkur dulu takde hadiah camni..
hahahaha..

~gurau je..
More
16 years 2 months ago #21997 by kurtazuandy
huhuhu.... ari tuh ingat nak tambah tapi macam laewn macam jerk huhuuh ......
More
16 years 2 months ago #22012 by whwm2020
ciPuding_7 wrote:

aiseh.. menarik.. macam susah je ni.. nak kena masuk jalur gemilang plak..
hm... tp menarik hadiah tu..
awat masa pertandingan reka logo fungkur dulu takde hadiah camni..
hahahaha..

~gurau je..


bankrupt la fungkur mcm tuh...
hahahaha :woohoo: :woohoo: :woohoo: :woohoo:
More
16 years 2 months ago #22035 by ciPuding_7
kurtazuandy wrote:

huhuhu.... ari tuh ingat nak tambah tapi macam laewn macam jerk huhuuh ......

hoh.. laen macam ape tu? hohoho..
Time to create page: 0.462 seconds