Mangsa bapa durjana

More
12 years 1 month ago #25663 by APC
Mangsa bapa durjana was created by APC
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PETALING JAYA: Bidalan ‘haruan makan anak’ serasi dengan perilaku seorang pemandu teksi yang merogol serta mencabul kehormatan bukan sekadar seorang, malah dua anak perempuannya yang masih mentah dan sepatutnya diberikan perlindungan.

Selepas sekian lama menanggung sengsara menjadi hamba seks bapa kandung sendiri, dua beradik remaja perempuan itu nekad mendedahkan perbuatan terkutuk itu kepada ibu mereka sebelum lelaki durjana terbabit diberkas polis.

Dalam kejadian haruan makan anak yang berlaku di sini, beberapa hari lalu, kedua-dua beradik berusia 12 dan 14 tahun itu mendakwa dirogol dan dicabul kehormatan oleh bapa di rumah mereka.

Sumber berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an yang bekerja sebagai pemandu teksi terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ketiadaan ibu mangsa di rumah.

Menurutnya, dua beradik terbabit mendakwa menjadi mangsa nafsu serakah bapa mereka sendiri sejak beberapa tahun lalu.


Bagaimanapun, katanya mangsa tidak berani menceritakan perbuatan keji bapa mereka kepada sesiapa kerana bimbang dimarahi dan diapa-apakan.

“Baru-baru ini, bapa mereka sekali lagi cuba melakukan perbuatan terkutuk itu menyebabkan seorang daripada remaja perempuan terbabit nekad menceritakan perilaku berkenaan kepada ibunya.

“Ibu mangsa yang berang dengan perbuatan suaminya kemudian membawa kedua-dua mangsa membuat laporan polis,” katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, sepasukan polis yang menerima laporan daripada dua beradik itu memberkas suspek di sekitar daerah ini, petang kelmarin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit sering mengambil kesempatan ketika ketiadaan isterinya di rumah untuk melakukan perbuatan biadab itu, sejak beberapa tahun lalu.

“Mangsa yang berusia 12 tahun mendakwa dirogol manakala kakaknya berusia 14 tahun mengadu dicabul kehormatan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai laporan dua beradik yang mendakwa dirogol dan dicabul bapa mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pemandu teksi terbabit.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu dengan menelitinya daripada segenap aspek.

Difahamkan, suspek kini direman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 dan 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol dan mencabul.

Sumber : MyMetro 23 May, 2008

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 8 months ago #28624 by roderick
Replied by roderick on topic Ruj:Mangsa bapa durjana
Lebih jahat dari orang yahudi owang tua nih!!

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 8 months ago #28665 by shafique
Replied by shafique on topic Ruj:Mangsa bapa durjana
moga dia dapat pengajarannya..

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 6 months ago #29836 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic Ruj:Mangsa bapa durjana
jom rejam dia ramai.. kerat anu dia... wahaha~~

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 5 months ago #30772 by fazna_cute
Replied by fazna_cute on topic Ruj:Mangsa bapa durjana
patutnyakn,
lelaki mcm tue,
di hukum mati jer @
rejam sampai mati...
baru setimpal dgn perbuatannya

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.222 seconds