Derma Kilat - Mencari Hassan Ayat (Pendaki Hilang Di Gunung Yong Yap)

More
11 years 4 months ago #32422 by sTupID
Dari Gunungonline.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Setelah berbincang dgn Jenal secara adhoc di multiply.
Kami decide nak buat 1 derma kilat bagi operasi tersebut. Duit ini akan digunakan untuk rakan2 mendaki yg akan bergerak ke sana nanti.
Duit tersebut boleh didermakan ke acc pgurlz_zam

Bank: MBB
Ac Number: 166010020118
Nama: Zamzuliana M Nasir
email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Duit itu akan disalurkan kepada rakan mendaki yg terlibat dlm usaha mencari melalui

1. Fendi - 012 2220450
2. Naza - 012-5631567
3 Matsaiko -012-3875897
4.Zam - 017-6814015

gunungonline.com/basecamp/viewtopic...f=18&t=2317

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.
Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.
Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.
Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.
“Mangsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya,” katanya.


*p/s Jika moderator/tuan forum rasa thread ini xsesuai di sini dan mau dihapuskan/dipindahkan terpulang pada pihak anda. Saya hanya membantu secara cyber untuk mengumpulkan dana. Sebarang pro/con terima kasih di atas pandangan anda. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mencari dan menyelemat dahulu. Lelain isu belakang kira coz benda dah jadi. Thanxs

Menjawab persoalan dari kengkawan di forum board lain. saya kongsi di sini agar dapat memberi jawapan kengkawan yang mempunyai persoalan yang sama. thanxs

apa ke halnya sampai minta derma ni

mana pergi pasukan penyelamat yg dikhas utk tugas mcm ni?
kebiasaannya mereka ada saluran/dana2 tertentu

sampai minta2 derma ni.. lain mcm jer

aku x faham tujuan minta derma nie



Pasukan penyelamat memang ada turut serta di dalam search party tetapi atas dasar semangat setiakawan komuniti pendaki pendaki di dalam Malaysia ini juga turut datang memberi bantuan & memerah keringat merintis di dalam hutan mencari mangsa setelah mendapat green light dari pihak berkuasa. Tetapi janganlah kengkawan pikirkan yg search party ini mewah dgn sebarang limpahan bantuan dari pihak berkuasa oleh itu bantuan makanan/ration/kelengkapan komunikasi/bahan bakar/etc untuk kengkawan pendaki pendaki yang adalah sumbangan dari kengkawan yang ada. Kengkawan pendaki yang datang hampir pelusuk negeri datang tanpa memikirkan kos/masa/komitmen lain yang mereka telah korbankan untuk mencari sahabat yang hilang siang dan malam merintis resam duri yang ada dan ini semua adalah kerja amal yang wujud dari hati dgn iklas atas dasar semangat setiakawan.
Kengkawan pendaki datang menghulurkan bantuan dari segi tenaga jugak secara xlansung diharap dapat membantu dan memberi peluang yg lebih cerah untuk menjumpai mangsa ini adalah kerana terdapat tambahan bilangan search party & dikalangan pendaki ini ada yang arif dengan hutan sekitar Gunung Yong Yap ini. Senang citer lagi ramai lagi bagus kerana seluas luas hutan di kawasan sana lagi details boleh diselongkar. Selain dari kalangan sahabat sahabat pendaki/team team outdoor/team team 4x4 terima kasih jugak diucapakan pada Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) di mana turut sudi dalam kerja amal ini datang untuk membantu dengan kelengkapan yang lebih baik dapat diberikan.

Ini ari sahabat saya yang hilang, kengkawan outdoor datang menghulur tangan sesama mencari, esok lusa sahabat anda siapa yang tau?

Sebarang info boleh didapati dari sini:

gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=23&t=2308

mares.org.my/mambo/index.php?option=com_...iew&id=361&Itemid=57


Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat Untuk Saudara Hassan Ayat Bin Zainuddin, Kali ke-2
Tarikh : 25 februari 2009 (Rabu)
Masa : Selepas solat fardhu maghrib
Lokasi : Masjid Al-Ehsan, SS4A, Kelana Jaya, Selangor

*dijemput sekalian warga gunung beramai2 ke sana bagi berjemaah memohon petunjuk & keredhaannya..insyaallah

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.767 seconds