Lawat rumah mayat untuk insaf

More
11 years 1 month ago #34446 by niqiuez_88


GHAZALI memecahkan ketulan ais sebagai acara simbolik melancarkan Briged Gerak Gempur Cegah Maksiat di Kuantan semalam.

KUANTAN - Pelaku maksiat akan dibawa melawat ke rumah mayat sebagai salah satu program tarbiah yang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi kesedaran kepada mereka.
Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, usaha tersebut lebih berkesan daripada mewajibkan mereka menjalani kuliah atau penerangan yang bertujuan memberi kesedaran dan keinsafan.
\"Kalau boleh kita hendak mereka lihat sendiri keadaan orang yang meninggal dunia dan biar mereka sedar bahawa hidup di dunia bukan untuk berseronok semata-mata, sekurang-kurangnya mereka rasa takut nak buat maksiat lagi,\" katanya ketika melancarkan Briged Gerak Gempur Cegah Maksiat di Dewan JAIP di sini, semalam.
Ghazali menegaskan, selain rumah mayat, mereka juga akan dibawa menziarahi pesakit kronik di hospital dan rumah orang tua bagi meningkatkan kesedaran.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 1 month ago #34501 by fazna_cute
rumah mayat mmg menginsafkn sy.
lihat dpn mata cara tempat mayat tergantung walaupun x ada mayat just tempat gantung sahaja
trbayang wajah mayat di mana saat terakhir ia berperang dgn maut bersama selepas kematiannya lidah terjelir sikit dari mulut
dgn tempat berdirinya terbuka masa gantung diri.
sungguh azab apabila kena gantung.
bilik mayat pun terasa seram di buatnya.
patut laa betul org kata,kdg2 saat akhir hidup penghuni kena gantung,dia blh jd x waras di buatnya.
mmg rumah mayat menginsafkn sy di buatnya B)

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.207 seconds