CHEESE CAKE/KEK KEJU

More
11 years 2 months ago #24421 by khumaira





CHEESE CAKE/KEK KEJU

BAHAN:

250g cream cheese
200cc/ml yogurt biasa tanpa perisa
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan gula

Cara-cara:

Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blender. adun biar sampai jadi gebu.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

AMACAM GENG...DGR MCM SDAP X????:laugh:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 4 months ago #32706 by khumaira
Replied by khumaira on topic CHEESE CAKE/KEK KEJU





GOLDEN CHEESE CAKE


BAHAN SEDIA ADA:
Loyang bakar yg sudah diletakkan selapisan nipis kek span perisa vanilla atau perisa lain.


Bahan A

250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar

1 s/b tepung jagung

Hiasan..cream coklat cair

Oven setting 140\'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:

1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.

2. Masukkan telur kuning satu persatu.

3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.

4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn
gebu.

5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.

6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.

7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada kek span nipis taadi.

8. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.

9. Bakar sehingga masak.

10. Keluarkan kek dan sejukkan. Hiaskan dengan coklat cair.

11. Bila nak potong gunakan pisau plastik yg telah dicelupkan dalam air panas.

Selamat Mencuba.....
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.149 seconds