KEK SPAN/SPONGE CAKE

More
10 years 11 months ago #24486 by khumaira






KEK SPAN/SPONGE CAKE(TAMBAH APA JENIS PERASA YG ANDA SUKA,CNTOH COKLAT,PANDAN,
STRAWBERRI,OREN DLL.)

BAHAN:

3 biji telur
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
2 sudu besar butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
esen vanila

Cara-cara:

panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan

dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang berkrim.
masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata

masukkan pula kuning telur yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.
masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.

masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.


P/S: SESETENGAH ORG GUNAKN TPG SPONGE MIX DLM ADUNAN NK BUAT KEK SPAN.
KLU RAJIN MENJENGAH KE KDAI BAHAN KEK DAN BISKUT,KITA AKAN DPT PELAJARI
PELBAGAI MCM BENDA YG BERKAITAN DGN BAHAN KEK DAN BISKUT.

SEPRTI JENIS2 ACUAN,RAMUAN,DAN RAHSIA2 NK SEDAPKN SESUATU MASAKAN YG
BERKAITAN DGNNYA.

TPG SPONGE MIX ITU ADALAH DIMANA IANYA MENGGANTIKN TPG GANDUM DAN SERBUK
PENAIK.IA JUGA ADA BYK PERISA SPT COKLAT,PANDAN,STRAWBERI,OREN,VANILLA
DAN SBGNYA.JIKA ANDA RAJIN MENJENGAH TEMPAT MNJUAL BAHAN KEK DAN BISKUT,
CARILAH TPG SPONGE MIX DAN LIHATLAH SENDRI.

RESEPI KEK SPAN DIATAS INI TIADA BAHAN PERASA.HANYA PERASA BUTTER DAN ESEN
VANILLA.JIKA ANDA MAHU TAMBAHKN PERASA PANDAN,COKLAT DAN SBGNYA,
SELAMAT MNCUBA...:cheer:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.197 seconds