KEK KELAPA

More
10 years 11 months ago #24615 by khumaira
KEK KELAPA was created by khumaira





KEK KELAPA

BAHAN:

3 cawan tepung naik sendiri/tepung kek + 1 sudu kecil baking powder (di ayak)
1/2 cawan kelapa kering
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan gula kastor
1 3/4 cawan air
1 paket santan segera (serbuk - 50g)
1/2 cawan minyak sayuran
2 biji telur
2-3 titik perasa pandan
Pewarna (ikut pilihan masing2)

CARA:

Gaulkan bahan-bahan kering ( tepung, kelapa kering, garam, gula) hingga sebati.
Masukkan bahan-bahan basah (serbuk santan, air, vegetable oil, telur, perasa pandan) dlm blender/pengisar dan kisar hingga sebati.

Masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam adunan tepung, gaul perlahan-lahan hingga sebati.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna. (Saya guna 3 warna - coklat, merah dan hijau)

Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar dalam ketuhar/oven (170 C) sehingga masak (~30 minit).
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.198 seconds