KEK LAPIS PELANGI

More
11 years 2 months ago #24616 by khumaira
KEK LAPIS PELANGI was created by khumaira






KEK LAPIS PELANGI

BAHAN:

10 Biji telur ayam
1 gelas gula dikisar
2 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin kecil kaya
5 sudu besar perisa pandan
sedikit pewarna kuning
1/2 cawan chocolate emulco
2 sudu besar stawberi filing dan sedikit pewarna merah
2 sudu besar ovellete

CARA:

Mentega dan Gula dipukul hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu
kemudian masukkan ovelete, kaya dan susu. Pukul hingga sebati

Bahagi kepada 4 bahagian : a) masukkan pewarna kuning.
b) masukkan chocolate emulco
c) masukkan pandan paste
d) masukkan strawberi filing/pewarna merah

Alas loyang dgn kertas minyak dan disapu dgn mentega sedikit.
Bakar adunan selapis demi selapis.ikut suka nk buat setebal mana setiap lapisan.

dan setiap lapisan itu,nak tahu ia masak atau tidak,jg bergantung pd ketebalan lapisan.agak2 le.cucuk guna lidi atau garfu.klu adunan masih melekat di lidi bermakna blum ckup masak.Bakar hingga habis adunan.

P/S: SEBENARNYA NK BUAT WARNA APE PUN XPE.TP KLU RAJIN BUAT LE LAPISAN
NIPIS2.NMPAK MCM RAJIN SKIT...:laugh:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 4 months ago #32996 by khumaira
Replied by khumaira on topic KEK LAPIS PELANGI




KEK LAPISAN KAYA PANDAN


LAPISAN KEK:


BAHAN A:

6 biji putih telur

3 gm krim tartar

100 gm gula kastor





BAHAN B:

6 biji kuning telur

40 gm susu segar

40 gm minyak jagung

25 gm gula

Secubit garam

110 gm tepung super fine

4 gm serbuk penaik

1/2 sudu kecil pewarna hijau

1 sudu kecil perasa pandan





CARA MENYEDIAKAN:

1. Kacau semua bahan A sehingga gebu.

2. Dalam bekas yang lain, kacau bahan B hingga sebati.

3. Campur kedua-dua bahan A dan B.

4. Tuang ke dalam acuan kek dan bakar selama 30 minit pada suhu 180oC.





LAPISAN KAYA PANDAN:



BAHAN A:

676 gm santan pekat

676 ml air

18 gm serbuk agar-agar

1 sudu kecil pati santan (pewarna hijau)

200 gm gula





BAHAN B:

75 gm serbuk how kwee (berwarna hijau)

185 gm air



BAHAN HIASAN:

Kelapa kering





CARA MENYEDIAKAN:

1. Kacau sebati bahan A. Masak atas api sederhana selama lima minit.

2. Bahan B dikacau rata dan sebati dan tuangkan ke dalam adunan A.

3. Masak kedua-dua bahan sehingga pekat.

selangselikan lapisan kek dan kaya pandan ke dlm acuan.setelah masak,keluarkn dan taburkan kelapa kering.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.157 seconds