KEK KUKUS KURMA MERAH

More
10 years 1 month ago #33149 by khumaira






Bahan - bahannya:

10 biji telur ayam
250 grm mentega
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
1 tin susu pekat
2 kotak buah prune merah
150 grm ceri merah
150 grm ceri hijau
200 grm kacang gajus
1 botol jem buah2an
pewarna hijau

Cara- caranya

1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. dalam bekas lain pukul mentega dengan susu
sampai kembang baru satukan pada yang pertama tadi [ telur dan gula ].
kacau sebati.

2. Masukkan tepung, jem buah2an dan pewarna hijau tadi, kacau lagi hingga rata.

3. Ambil kacang gajus tadi masukkan satu persatu kedalam setiap biji kurma buat
hingga habis kemudian buat pula pada ceri merah dan hijau juga, buat hingga habis
kesemuanya.

4. Masukkan kurma, ceri hijau dan merah tadi dalam adunan tepung gaul rata. Panaskan
air kukusan hingga mendidih. Lencer acuan, lapis dengan kertas minyak masukkan
adunan tadi dan kukus selama 2 jam / lebih sehingga kek masak, sejukkan dahulu
baru dipotong.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.185 seconds