KUIH LAPIS MERAH

More
10 years 11 months ago #24258 by khumaira
KUIH LAPIS MERAH was created by khumaira





KUIH LAPIS MERAH

BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
pewarna merah/perisa sirap ros(ikut ska nk merah terang ke)

CARA:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

P/S:LAPISAN PALING ATAS SLALUNYA WARNA MERAH.LAPISAN LAST NI TMBAH SKIT LG PEWARNA.BG MERAH GELAP.OK...

TUJUAN CAMPUR TPG KASTARD/JAGUNG ADALAH UTK MUDAH KITA NK TARIK SELAPIS DEMI SELAPIS LAPISANNYA WKTU MKN..KLU NK NGAP SEMUA TRUS PUN BOLEHHHHH..:laugh:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 1 month ago #33119 by khumaira
Replied by khumaira on topic KUIH LAPIS MERAH





KUIH LAPIS HIJAU MERAH

Bahan-bahan :

2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubikayu
1 cawan gula pasir
600 ml santan pekat
800 ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah dan hijau

Cara Membuatnya :

1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula, garam, santan dan air dalam sebuah
mangkuk.Gaul hingga adunan sebati.Tapiskan untuk membuang gentel tepung.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan merah dan hijau.

3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan hijau dalam loyang.
Tutup periuk kukus dan kukus 10 minit.

4. Tuangkan pula adunan merah dan kukus 10 minit. Buatlah cara yang sama hingga
adunan habis. Lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.

5. Apabila kuih telah masak, angkat dan sejukkan.:positive:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.218 seconds