BINGKA TEPUNG BERAS

More
11 years 2 months ago #24818 by khumaira
BINGKA TEPUNG BERAS was created by khumaira






BINGKA TEPUNG BERAS

BAHAN:

600 grm tepung beras
300 grm gula pasir
2 sudu teh garam
2 liter santan
2 helai daun pandan, ditumbuk, diramas bersama 125 ml air dan ditapis

CARA:

Satukan tepung beras bersama gula pasir dan garam, gaul hingga ia sebati. Tuang santan bersama air daun pandan, kacau hingga ia sebati.

Tapis bancuhan di dalam periuk sederhana besar dan kacau perlahan-lahan di atas api sederhana besar hingga ia hampir pekat. Angkat dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.

Bakar ia pada suhu 300\'C, 30 minit atau hingga ia kekuningan. Biar ia sejuk sebelum dipotong.

BEST BINGKA NI.UMAI SKA SGT2...
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.161 seconds