KEREPEK BAWANG

More
11 years 2 months ago #24826 by khumaira
KEREPEK BAWANG was created by khumaira





KEREPEK BAWANG

BAHAN:

Untuk doh bawang:
*****************
1 biji bawang besar ( dikisar tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya

Untuk doh margerine:
*******************
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan margerine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
**********
Untuk doh bawang: Uli tepung dengan bawang kisar + serbuk udang kering . Tambah tepung hingga adunan menjadi doh yang bulat. Bahagi pada 3 bahagian.

Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga. Bahagi pada 3 bahagian.

Canai doh bawang dan doh margerine berasingan.
Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)

Keluarkan dan hiris nipis2.
Goreng dalam minyak penuh.

DAH SIAP PUN....SENANG JE KAN???:woohoo:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.138 seconds