KARIPAP PUSING

More
11 years 1 month ago #25772 by khumaira
KARIPAP PUSING was created by khumaira





KARIPAP PUSING

Bahan kulit A:
***************
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam

Bahan kulit B:
**************
150 gm tepung gandum
1 sudu teh lemak spry [crisco](klu xde taruh myk gorg ikan pun ok)
majerin ikut lembut

Cara:

1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan.
Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.

2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga
kepada 5 bebola kecil juga.

3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A.
dan ulangkan sampai semua bebola habis.

4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti
gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.

Buat kesemua bebola sehingga habis.

5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi
dalam bentuk bujur.

6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan
kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila
digoreng. Buat sehingga adunan habis.

7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak
kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan Inti.
****************
1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang]
500 gm ubi kentang [potong dadu]
1 sudu besar rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.143 seconds