KUIH KASTURI / RENGAS / KACANG HIJAU

More
10 years 10 months ago #25774 by khumaira






KUIH KACANG HIJAU

Bahan Inti:
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sudu besar kelapa parut muda [putih sajaha]
3 sudu besar tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
1/2 sudu teh air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara:
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering
airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.

3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kuih kacang.

5. Panaskan minyak dan gorengkan kuih kacang yg telah dicelupkan dgn bahan
batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.179 seconds