KUIH LOMPAT TIKAM

More
11 years 1 month ago #25794 by khumaira
KUIH LOMPAT TIKAM was created by khumaira





KUIH LOMPAT TIKAM

Bahan Lapisan Hijau
********************
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
secubit garam

Cara:

1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian
lapisan santan melekat.


Bahan Lapisan Putih
*********************
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Cara:

1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kuih dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah:
***************
Bahan:
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]

Cara:

1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

P/S: JGN MKN SAMBIL MELOMPAT YE....:P
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 1 month ago #25795 by khumaira
Replied by khumaira on topic KUIH LOMPAT TIKAM
MAAF YE SEMUA.KELUAR DOUBLE RECEIPI YG X DPT SAYA NAK DELETE.HARAP MAKLUM...
:(

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.152 seconds