MASALODEH

More
10 years 4 months ago #32594 by khumaira
MASALODEH was created by khumaira




Bahan-Bahan:

1 kg kacang dal
2 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
10 helai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk gorengan

Cara:

Rendamkan kacang dal semalaman atau sehingga lembut,kisarkan kacang yang sudah lembut dengan sedikit air,tapiskan air tersebut dan ambilkan kacang dal yang dikisar.

Mayang bawang besar,hiris daun kari nipis-nipis,guntingkan cili kering halus-halus,panaskan minyak.gorengkan bawang,daun kari dan cili kering sehingga kekuningan.

Gaulkan gorengan tadi dengan kacang dal yg telah di kisar,gaul sehingga rata dan tambahkan garam secukup rasa.

Bentukkan adunan berbentuk bulat dan leper dan gorengkan kuih sehingga kekuningan :positive:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.168 seconds