TALAM KELADI

More
10 years 4 months ago #32596 by khumaira
TALAM KELADI was created by khumaira
Bahan-Bahan:

1 biji keladi
2 cawan santan
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
2 cawan gula
5 biji telur
Pewarna ungu dan kuning
Garam

Cara:

(Untuk lapisan bawah)--rebus keladi hingga masak. Apabila empuk, tumbuk hingga halus.

Gaulkan bersama secawan santan, tepung gandum dan garam. Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.



(Untuk lapisan atas)-- gaulkan tepung jagung, telur, secawan santan dan gula hingga sebati.

Warnakan 3/4 bahagian adunan dengan warna ungu manakala 1/4 bahagian dicampur pewarna kuning.


Tuang ke dalam lapisan bawah yang sudah dikukus tadi secara berselang-seli. Kukus hingga masak. hmmmmm......sedapnye.....

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 4 months ago #32687 by khumaira
Replied by khumaira on topic TALAM KELADI
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.155 seconds