PUDING TELUR KENTANG

More
10 years 4 months ago #32611 by khumaira






BAHAN-BAHAN:

15 gm agar-agar serbuk

1 liter air

250 gm gula

250 ml susu cair

300 gm ubi kentang (rebus dan lecek)

Sedikit garam dan pewarna kuning



CARA MENYEDIAKAN:

1. Masakkan agar-agar bersama air dan gula sehingga hancur.

2. Asingkan secawan agar-agar yang dimasak tadi untuk dicampurkan dengan kentang
lecek dan pewarna kuning.

3. Lebihan agar-agar tadi dicampurkan dengan susu dan sedikit garam.

4. Biarkan ia mendidih seketika dan kacau.

5. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam acuan berbentuk telur atau baulu.

6. Apabila agar-agar dalam acuan bentuk telur tadi hampir beku, masukkan di tengah-
tengahnya kentang lecek yang bercampur dengan agar-agar dan pewarna kuning.

7. Ratakan dan biarkan ia beku.;)
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.143 seconds