ABUK-ABUK (TEPUNG GOMAK)

More
10 years 1 month ago #33017 by khumaira






Bahan-Bahan \"A\"(inti)
200 gm kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
500 gm gula timbang/hitam (gula melaka pun boleh)
300 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan-Bahan \"B\"(doh)
500 gm tepung pulut
100gm tepung gandum
1 mangkuk air
sedikit garam

Bahan tabur:
400 gm tepung kacang hijau


Cara Utk Bahan \"A\"

Kacang hijau direbus hingga kembang.Kemudian tumbuk sampai hancur.

Gula timbang dimasak dgn 2 cawan air lalu ditapis. Tenggekkan kuali di atas api yg sederhana besarnya.

Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir.
Masak hingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara Utk Bahan \"B\"

Uli tepung pulut dan tepung gandum dgn air dan garam sehingga menjadi doh yg lembut. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.

Panaskan air dalam periuk dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak. Angkat dan golek-golekkan di atas tpg kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan:
Untuk membuat tpg kacang hijau yg di dalam bahan B, terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian disangai/sangar hingga kekuningan.

Setelah itu barulah dikisar halus sendiri atau dihantar kekedai utk dimesen halus.
Ada juga serbuk kacang hijau segera dijual di kedai2.adakalanya susah nk jmpa.:(

:stop: bahan doh:tpg pulut bersifat liat dan kenyal pabila diadun.oleh sebb itu kena cmpur tpg gandum skit supaya kurang liatnya.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.199 seconds