PULUT DAKAP

More
10 years 1 month ago #33064 by khumaira
PULUT DAKAP was created by khumaira






Bahan-bahan:

Pisang emas atau pisang yg boleh dimakan mentah
2 cawan pulut - direndam 6 jam/lebih
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Sedikit garam
Daun pisang - dilayur terlebih dahulu

Cara:

1. Cuci bersih beras pulut dan tos. Masukkan santan dan air serta sdikit garam.
Masak seperti biasa.

2. Setelah masak, biarkan sejuk seketika.

3. Pisang emas di belah 2. Ambil daun pisang, letak pulut dan letak pisang
ditengah tengah pulut. Lipat seperti membuat lepat. Ulang proses ini sehingga
selesai.

4. Ambil 2 bungkus pulut dan lipatan menghadap antara satu sama lain, ikat di
bahagian atas dan bawah menggunakan tali rafia seperti di dalam gambar.

5. Sediakan kukusan, kukus pulut dakap tadi lebih kurang 25 minit. Biarkan sejuk
seketika dan bolehlah dinikmati.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.166 seconds