TALAM PULUT HITAM

More
10 years 1 month ago - 10 years 1 month ago #33065 by khumaira
TALAM PULUT HITAM was created by khumaira






Bahan bahan:

Lapisan bawah
***************
100 gm pulut hitam
200 gm pulut pulut
150 ml santan pekat
150 ml air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan.

Lapisan atas
***************
140 gm gula
40 gm tepung jagung
40 gm tepung gandum
1/2 sudu garam
200 ml santan pekat
200 ml air
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna kuning
Sedikit perasa pandan

Cara-cara:

1. Rendam kedua dua beras pulut selama lebih kurang 6 jam.

2. Toskan, masukkan santan,air,garam dan daun pandan kedalam beras pulut dan
kukus sehingga masak.Keluarkan dan masukkan kedalam bekas yg sesuai dan
tekan sehingga mampat dan kukus semula selama 5 minit. Ketepikan.

3. Untuk lapisan atas, Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga
sedikit pekat, kemudian tuang keatas lapisan pulut tadi. Kukus semula sehingga
masak. Sejukkan sebelum dipotong. :yahoo:
Attachments:
Last edit: 10 years 1 month ago by khumaira.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.253 seconds