Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

AIR ASAM

More
15 years 11 months ago #24257 by khumaira
AIR ASAM was created by khumaira





AIR ASAM


Bahan A
1 cawan air asam jawa
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi /limau nipis

Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan A ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Limau dibelah, buangkan biji dan mayangkan halus
6. Gaulkan kesemuanya sekali.

SEDAP D MKN DGN IKAN BAKAR....:kiss:
Attachments:
More
15 years 11 months ago #24637 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:AIR ASAM





AIR ASAM (2)

BAHAN TUMBUK:
*************
2 - 3 biji cili merah
3/4 biji bawang merah
2 sudu teh belacan

BAHAN HIRIS:
*************
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 biji tomato

air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
jus limau

CARA:
******
Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.

Masukkan garam secukup nya. Tak perlu byk sgt kerana belacan dah masin.
Hiriskan semua bahan hiris.

Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya. :cheer:
Attachments:
More
15 years 11 months ago #24638 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:AIR ASAM





AIR ASAM ALA THAI

BAHAN:
******
5 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
10 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak masak
sedikit air asam jawa
sedikit cuka
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
4 biji limau kasturi

CARA:
******
Goreng cili kering,cili padi dan bawang putih yang dipotong dibelah tiga bersama 2 sudu besar minyak masak.

Goreng sehingga garing sedikit dan angkat.
Kemudian ditumbuk sehingga hancur
Masukkan ke dalam mangkuk. Ditambah bahan-bahan yang belum digunakan lagi. Kacau hingga sebati.
Jangan lupa tambahkan sedikit air.SIAPPP....ITU SAJA..:laugh:
Attachments:
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.488 seconds