SAMBAL BELACAN

More
11 years 2 months ago #24628 by khumaira
SAMBAL BELACAN was created by khumaira





SAMBAL BELACAN

BAHAN:

1 cawan cili padi
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon diambil airnya
Sedikit air masak

CARA:

Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
Kemudian kisar/tumbuk semua bahan-bahan di atas
Siap untuk dihidang
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 2 months ago #24632 by khumaira
Replied by khumaira on topic SAMBAL BELACAN






SAMBAL BELACAN (2)

BAHAN:

2 ringgit/segenggam cili api merah/
1 biji air limau nipis/nak guna limau kasturi pun ok jugak tapi 2-5 biji ler
1 inci belacan/ikut suka laa
sedikit garam dan bahan perasa
sedikit gula

CARA:

buangkan tangkai cili tersebut dan cuci bersih2
tumbuk cili dan belacan tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam mangkuk
perahkan limau nipis, masukkan garam, gula dan bahan perasa, kacau hingga sebati.

NOTA: Selain gula pasir, untuk lebih menyedapkan lagi sambal belacan campurkan dengan sedikit gula melaka/ kabung, warnanya juga lebih menarik. 1 lagi, kalau malas nak tumbuk cili, just blend jer semua bahan tadi.lagi senang..:side:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 2 months ago #24633 by khumaira
Replied by khumaira on topic SAMBAL BELACAN





SAMBAL BELACAN CILI API

BAHAN:
******
20 biji cili api hijau
(dikisar)
1 biji bawang merah
(dikisar)
1 inci belacan
(dikisar)
1 biji bawang merah
(dihiris)
ikan bilis
(digoreng garing)
garam secukup rasa

CARA:
******
Tumis cili api, bawang merah dan belacan yg telah dikisar bersama hingga separuh kering.
masukkan bawang merah yg telah dihiris dan garam.
tumis lagi hingga kering
bila telah kering masukkan ikan bilis yg telah digoreng garing tadi.
kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan.......:lol:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 2 months ago #24643 by khumaira
Replied by khumaira on topic SAMBAL BELACAN






SAMBAL BELACAN ALA INDONESIA

BAHAN:

6 biji lada merah (nak ganti cili padi pun boleh)
6 biji bawang merah (di racik halus)
1 biji bawang putih (di racik halus)
1 genggam ikan bilis kopek
1/4 belacan bulat
2 sudu makan gula
1 biji limau kasturi

CARA:

tuangkan 4 sudu minyak masak kedalam kuali,kemudian goreng lada,bawang merah,bawang putih.agak2 dah garing dan layu, angkat dan toskan minyak.

kemudian goreng ikan bilis hingga garing dan juga belacan(angkat dan toskan minyak)

setelah itu,bahan2 yang telah di goreng tadi di tumbuk lumat bersama gula.
perah limau kasturi bagi melazatkan rasa,boleh di hidang bersama ulam-ulaman yang di gemari..selamat mencuba!.:cheer:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.198 seconds