SOS LADA HITAM

More
10 years 11 months ago #24636 by khumaira
SOS LADA HITAM was created by khumaira





SOS LADA HITAM

BAHAN:

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar
(potong dadu)
sebiji tomato
(potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
sdikit je tepung jagung

CARA:

Cairkan butter dengan api kecil.
Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang

Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili/sos tomato(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.

Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.

Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.

Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

Boleh dihidangkan semasa panas.Yesss.... sedappppppp..;)

P/S: BOLEH DIHIDANGKAN DGN CHICKEN CHOP,NUGGET,AYAM GRG DLL....
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.215 seconds