BUAT PIZZA SENDIRI

More
11 years 2 months ago #24832 by khumaira
BUAT PIZZA SENDIRI was created by khumaira






HOMEMADE PIZZA

BAHAN: UTK 2 BIJI PIZZA SAIZ 8\"
*******************************
500 grm tepung roti
1 sudu besar garam
8 grm yis/ibu roti
4 sudu besar olive oil (atau minyak sayuran)
1 1/2 cawan air suam

TOPPING/BAHAGIAN ATAS:
**********************
shredded pizza cheese secukupnya ( kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)

BAHAN PILIHAN UTK TOPPING:
bawang besar,daging, ayam,jeruk cili, nenas, tomato atau sayuran. terpulang pada selera masing2.

tomato paste secukupnya

CARA:
*****
Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker/pembuat roti mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan \'ON\'.

Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.
Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.

Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.

Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.
Letak kan topping pilihan.
Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.

Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.

Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato dan sebagainya.:cheer:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.611 seconds