MURTABAK LAPIS

More
10 years 1 month ago #32705 by khumaira
MURTABAK LAPIS was created by khumaira





BAHAN:

400 gm daging kisar
3 camb rempah kari
300 g bawang besar, dadu
3 ulas bawang putih + 3 biji bawang merah + 2 cm halia, kisar
3 camb minyak
250 ml air
45 kpg biskut cream crackers
300 ml susu cair + 400 ml santan (1 kelapa)
6 biji cili merah, cincang
6 tangkai daun bawang, cincang
4 biji telur, pukul
4 camb mentega
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah hingga wangi.

2. Masukkan daging, kacau 3 minit. Tuangkan air, kacau sekali-sekala.

3. Bila kering, masukkan bawang besar, garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga
bawang layu kemudian angkat.

4. Alas dasar tin 25 cm dengan foil. Lengser marjerin.

5. Celup beberapa keping biskut dalam campuran susu-santan, susun di dasar tin (9
keping setiap lapisan).

6. Taburkan 1/5 daging, daun sup, cili dan telur. Ulangi hingga 5 lapisan yang sama.

7. Tuangkan baki santan-susu hingga separas biskut. Letak mentega di atasnya.

8. Bakar pada 200 C selama 45 minit atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.181 seconds