BUAT SOS CILI SENDIRI

More
10 years 1 month ago #33071 by khumaira






Bahan-bahan


1/2 cawan cuka
1/2 cawan air
1/3 cawan gula
2 btg cili kering
1 ulas bawang putih
1 sudu besar nampla/sos ikan
1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air

Cara-cara:

Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer.

Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atas dapur.

Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.

Note: Sos yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh diguna bila perlu.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.196 seconds