AYAM MASAK MERAH

More
10 years 11 months ago #24238 by khumaira
AYAM MASAK MERAH was created by khumaira



AYAM MASAK MERAH

BAHAN2:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan taruh kunyit & garam dan goreng

BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 sudu besar tomato sos



kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa



CARA:
1. Panaskn minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar
hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan
serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.


SEDAP MKN DGN NASI TOMATO....:kiss:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24471 by khumaira
Replied by khumaira on topic AYAM MASAK MERAH





AYAM MASAK MERAH (2)

BAHAN:

1/2 ekor ayam
garam ,kunyit
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan kicap
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
1cm halia
3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara:

Bersih ayam dan potong kecil2.Perapkan dengan garam, kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 1/2 masak.

Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
Ambil 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.

Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat/kering.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24474 by khumaira
Replied by khumaira on topic AYAM MASAK MERAH






AYAM MASAK MERAH (3)

BAHAN:

1 ekor ayam (dipotong,dibersihkan dan digoreng)
cili kisar(cili kering yang telah dikisar bersama 3 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah..sy guna lebih kurang dlm 2/3 senduk nasi)

1/2 botol sos tomato(klu suka rasa tomato lebih leh letak lebih)

Bahan utk menumis:
******************
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
1 inch halia (diketuk)
2 btg serai (diketuk)
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
sedikit gula dan garam
sdikit daun bawang ditabur utk hiasan
Minyak utk menumis
1 cawan air (utk kuah)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
buah tomato atau nenas(klu suka)

Cara-cara:

Mula2 ayam td di goreng dahulu. Setelah abis digoreng, ketepikan.
Tumis bawang putih,bawang merah dan halia. Klu nk lg sedap,gunakan minyak yg digunakan utk menggoreng ayam td.

Bila dah wangi , masukkan cili mesin tadi dan kacau. Kemudian, masukkan serai, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan sehingga cili garing.

Setelah cili garing, masukkan air dan kacau. Kalau suka kuah lebih, bolehla ditambah lg 1 cawan air. Kacau sekejap. Kemudian masukkan sos tomato tadi. Kacau hingga pekat. Kemudian masukkan gula dan garam. Agak2 la yer..ikut sedap..

Bila dah pekat, masukkan bawang besar yg dihiris td. Kemudian masukkn ayam goreng tadi. Kalau suka, boleh jugak masukkn nenas atau buah tomato. Kacau hingga ayam sebati bersama kuah.
Setelah siap dimasak, bolehlah dihidang dan ditabur daun bawang di atasnya. Siap utk dimakan.... :woohoo:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24477 by khumaira
Replied by khumaira on topic AYAM MASAK MERAH





AYAM MASAK MERAH (4)

BAHAN:

1 ekor ayam (potong ikut sukahati sendri & gorengkan separuh masak)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia
1 btg kulit kayu manis dan beberapa kuntum bunga lawang
12-15 biji cili merah (buang biji)
segenggam kacang tanah goreng/*kacang tumbuk segera* 1/2 cawan (klu nk mudah)
1 sudu susu pekat
1/2 botol sos tomato
4 tangkai daun sup (di potong2 kecil)
sdikit garam

Cara-cara Utk kuah:

cili merah,bawang merah,bawang putih,halia & kacang tanah dikisar bersama-sama.
Utk tumis - bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis dan bunga lawang ditumiskan bersama-sama sehingga naik bau.

masukkan bahan-bahan kuah td dan sos tomato.
kemudian masukkan garam secukup rasa dan perasa(jika mahu)
Bila dah pecah minyak masukkan ayam,daun sup dan 1 sudu susu pekat.
Perlahankan api dan biarkan kuah sampai pekat...kemudian tutup le api...pastu...MAKAN TIME...Yummy!!!:laugh:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24948 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic AYAM MASAK MERAH
adeh.. berapa jenis ayam masak merah daaa~~ name je masak merah.. tapi x pedas pon.. manis ada la... huhu~~

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24976 by khumaira
Replied by khumaira on topic AYAM MASAK MERAH
guydacosta tulis:

adeh.. berapa jenis ayam masak merah daaa~~ name je masak merah.. tapi x pedas pon.. manis ada la... huhu~~



CUBA LE GUY BLAJAR FAHAM TNTG RESEPI.AYAM MASAK MERAH BKN DR SEORG TUKANG MASAK.
RAMAIIIIII.....
KITA BUAT KOLEKSI MENU YG SAMA TP DR ORG YG BERBEZA.PILIH LE YG MANA KITA NK IKUT.
KLAU NK PEDAS LG,TAU X NK KENA TMBAH APE??TU JE JWPN NYER...

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24999 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic AYAM MASAK MERAH
bukan2.. ni guy citer dr pengalaman.. muehehe~~
guy selalu mkn kt kedai la kak ku..
nampak ayam masak merah.. tapi rasa dia manis... hampeh tol..
kalu guy masak.. sure guy taruk byk2 lada...

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.276 seconds