AYAM MASAK KURMA

More
11 years 2 months ago #24375 by khumaira
AYAM MASAK KURMA was created by khumaira




AYAM MASAK KURMA

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
(dibersihkan & dipotong kecil)
5 sudu besar rempah kurma ayam/daging
[bancuh dgn sikit air]
3 biji kentang
[belah 4]
1 labu bawang besar
[belah 4]
1 biji buah tomato
(belah 4)
2 biji lada hijau
[belah 2]
2 cawan santan pekat
[1 biji kelapa]
1 biji limau nipis
[ambil jusnya]
2 sudu besar majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
Kacau rata dan biarkan pecah minyak.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga pecah minyak semula.

3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendidih dan agak pekat.

5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan
biarkan sehingga pecah minyak semula dan pekat.ok dh masak.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti. ;)
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 2 months ago #24478 by khumaira
Replied by khumaira on topic AYAM MASAK KURMA
AYAM MASAK KURMA (2) BAHAN: 500 gm ayam di potong sederhana besar 1 liter santan 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 3cm halia 1 packet rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes 2 biji kentang besar 2 biji cili hijau 1 biji bawang besar dibelah empat 1 biji tomato dibelah dua 1 sudu makan kerisik garam, ajinomoto Cara-cara: Bawang besar,bwg.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam dan ajinomoto. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.:kiss:[img]




AYAM MASAK KURMA (2)

BAHAN:

500 gm ayam di potong sederhana besar
1 liter santan
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 packet rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
2 biji kentang besar
2 biji cili hijau
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji tomato dibelah dua
1 sudu makan kerisik
garam, ajinomoto

Cara-cara:

Bawang besar,bwg.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam dan ajinomoto.
Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.:kiss:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.177 seconds