AYAM KALIO

More
10 years 11 months ago #24473 by khumaira
AYAM KALIO was created by khumaira





AYAM KALIO

BAHAN:

seekor ayam
potong 8
halia 1cm(lebih kurang)
dikisar
4 biji bawang merah
dikisar
3 ulas bawang putih
dikisar
1/2 cm kunyit hidup
dikisar
2 batang serai
diketuk/titik
3 keping daun limau purut(nak lebih boleh tapi jgn banyak sangat nanti pahit.
2 keping asam keping (kalau nak masam letak lebih, biasanya saya letak lebih sebab saya suka masam)
Cili kisar(cili boh pun boleh, tapi nak sedap elok guna cili kisar sendiri sebab takde bahan campuran lain)
1 1/2 biji santan kelapa (nak guna sebiji pun boleh.saya suka buat kuah pekat)
cili api (tambahan kepada sesiapa yang nak pedas)

Cara-cara:

Satukan semua bahan yang dikisar bersama santan, serai dan cili kisar
Masukkan ayam
Kemudian masak atas api, kacau santan supaya tak pecah minyak
Masukkan daun limau purut

Bila santan dah separuh masak, masukkan asam keping dan masak sehingga santan betul-betul masak
P/S: Kalau nak lauk bersantan tahan lama, masakkan santan lama-lama barulah lauk ni tahan lama
Biasanya,masak ayam kalio ni,pastikan masakan ni pedas dan masam sikit baru ada ummph. :laugh:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24946 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic AYAM KALIO
kalio?? apa tu... ni lagi satu.. x pernah guy dengo..
pelik2 tol nama masakan nie... nampak cam berlemak jer.. huhu~~

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24977 by khumaira
Replied by khumaira on topic AYAM KALIO
guydacosta tulis:

kalio?? apa tu... ni lagi satu.. x pernah guy dengo..
pelik2 tol nama masakan nie... nampak cam berlemak jer.. huhu~~



YG PELIK DAN XPENAH DGR LE KAK KHU NK KENALKN.NNT BILA ADE ORG SEBUT
NAMA MASAKN NI XLE GUY BUAT DAHI BERKERUT.GELENG KEPALA JE.

INI SEJENIS MASAKAN ORG MINANG/MASAKAN PADANG.SEJENIS RENDANG AYAM GAK.
TP AGAK MASAM,BERLEMAK,PEDAS SGT...WARNANYA KUNING KRN BAHAN KUNYIT HIDUP.
BIASA LE..KAN ORG MINANG RAMAI ADE KAT N9.MRK MEMG SKA MASAKAN YG BERLEMAK.

ITU SELERA MEREKA.KITA NI YG ADE CITARASA SENDIRI KENA LE JG TAU NAMA2
MASAKAN NEGERI LAIN.BARU LE X JADI KATAK BAWAH TEMPURUNG.:)

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24998 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic AYAM KALIO
oo niii guy tau nie... dulu pernah mkn.. ekeke~~
x nmpk cam rendang pon.. nmpk cam gulai kuning jer... huhu~~

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 3.600 seconds