ROJAK AYAM

More
10 years 1 month ago #32695 by khumaira
ROJAK AYAM was created by khumaira






Bahan

1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

Cara:

1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah
sejuk potong kecil.

2. Semua sayuran dipotongkan kecil.

3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin

3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.

2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika
pekat sangat.

3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik
minyak.

4. Hidangkan dengan rojak ayam.
:P
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.218 seconds