AYAM DARA MADU SOS BIJAN

More
10 years 6 months ago #32697 by khumaira
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam dara


BAHAN KISAR:

10 tangkai cili padi

4 tangkai cili merah

4 tangkai cili hijau

2 batang serai

3 cm lengkuas

3 cm halia

4 ulas bawang putih

10 ulas bawang merah


BAHAN B:

10 gm serbuk cili

5 gm serbuk kunyit

5 sudu besar madu

2 sudu besar minyak bijan

3 sudu besar minyak masak

Garam dan gula secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1. Perapkan ayam dengan sedikit bahan yang dikisar. Biarkan selama 10 minit.

2. Panggang sehingga masak dan ketepikan.

3. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan serbuk cili, kunyit bersama bahan kisar
yang selebihnya. Tumis sehingga wangi.

4. Masukkan setengah cawan air dan masukkan minyak bijan, madu dan masak sehingga
pekat.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Kemudian ayam yang telah dipotong empat diletakkan di dalam pinggan dan tuangkan
sos yang dimasak tadi. :positive:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.121 seconds