BEEF STEAK/STIK DAGING

More
11 years 2 months ago #24237 by khumaira



BEEF STEAK

Bahan
500 gm daging steak/daging batang pinang----[bersihkan]
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil madu/gula
1 sudu besar sos plum

BAHAN KISAR:
1 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

CARA:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM

BAHAN SOS:
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 1 cawan air)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat

CARA:
1.Masak semua bahan sos ini.


SAYURAN:

Salad bulat
[potong kecil]
tomato segar
(potong nipis/jorong)
kentang goreng
[potato chips]
baked beans
[panaskan sikit]--kacang dlm tin

Susunkan semua seperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.

SLAMAT MNCUBA.:)
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.153 seconds