DAGING GORENG KUNYIT

More
11 years 2 months ago #24522 by khumaira





DAGING GORENG KUNYIT

BAHAN:

1/2 kg daging lembu
1 inci kunyit hidup
bawang merah>>>>>>>>>>>>>>
bawang putih>>>>>>>>>>>>>>terpulang pd masing2 nk taruh byk mana
2 biji cili merah
3 tangkai daun kari
1/4 biji cili benggala hijau
garam
minyak masak

CARA:

Hiris daging tu nipis2. Kemudian tumbuk kunyit, 2 ulas bawang putih serta garam secukupnya. kemudian gaulkan dengan daging tadi. Perap seketika.

Masukkan daging yg diperap tadi kedalam kuali, kemudian nyalakan api. Daging tersebut hendaklah digoreng tanpa minyak sehingga air dari daging tersebut kering. Kemudian bolehlah dimasukkan minyak.

Goreng daging tersebut sehingga keperang-perangan. Kemudian masukkan daun kari. Kacau seketika, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili benggala.

Kesemua bahan2 tersebut di hiris nipis-nipis/ikut suka. Jumlah bawang merah dan bawang putih yang hendak digunakan terpulang pada individu.
Goreng kesemuanya sehingga masak. ok..siap:)
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.135 seconds