DALCHA DAGING

More
10 years 11 months ago #24525 by khumaira
DALCHA DAGING was created by khumaira





DALCHA DAGING

BAHAN:

200gm kacang dhal/utara kata parpu - direbus
200gm daging lembu - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil2
2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Minyak masak dan garam

BAHAN TUMIS:
Sedikit daun kari
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah
dikisar
2 cm halia
dikisar
3 ulas bawang putih
dikisar
2 biji bawang besar
dikisar

CARA:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan kesemua bahan tumis hngga naik bau.kacau rata.

Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.

Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.dah masak pun.

P/S:
sesetengah org hancurkan kacang dhal/parpu secara kasar dlm masakn ni.terpulang kpd individu.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.194 seconds