OPOR DAGING

More
10 years 11 months ago #24554 by khumaira
OPOR DAGING was created by khumaira





OPOR DAGING

Bahan:

1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 sudu besar rempah kari daging ]
1 sudu teh jintan manis ] gaulkan
1 sudu teh jintan putih ]
3 keping asam keping
minyak
garam


Bahan tumis:

2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.

3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak pecah minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yg kecil sehingga mendidih
dan daging lembut.

5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan
pecah minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/nasi minyak atau ketupat atau pulut kuning.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.453 seconds