PAIS IKAN

More
11 years 2 months ago #24330 by khumaira
PAIS IKAN was created by khumaira




PAIS IKAN

BAHAN:

4 ekor ikan selar besar
daun pisang, disalai
toothpick-(pencungkil gigi)

BAHAN KISAR:

8 biji lada merah
8 biji cili padi
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 cm belacan
1 helai daun kunyit sederhana besarnya
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

CARA MEMBUATNYA:
1. Bahan-bahan dikisar dengan sedikit air. Digaul dengan ikan
dan diperap 1 jam.

2. Letakkan ikan yg telah diperap itu diatas daun pisang .
Balut rapi dan disemat hujung daun pisang dengan lidi/toothpick.

3. Kemudian boleh dibakar atau dikukus pais ikan sehingga masak.


ENAK DIMAKAN WAKTU MASIH PANAS BERSAMA NASI PUTIH.;)
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.132 seconds