LALA SPAGHETTI

More
11 years 2 months ago #24599 by khumaira
LALA SPAGHETTI was created by khumaira





LALA SPAGHETTI

BAHAN:

250grm pasta
300grm lala
1 tin tomato puri/klu guna buah tomato hancurkan dulu
2 ulas bawang putih
hiris
1 batang lada kering
potong 3
2 sudu besar olive oil/myk zaitun
fresh parsley atau dry parsley secukupnya
garam
serbuk perisa

CARA:

Bersihkan lala.

Panaskan air. Kemudian masukkan pasta dan sedikit garam. Masak jangan terlalu lembik. Biar keras sedikit.angkat dan toskan.

Sementara itu, bolehlah siapkan sosnya.
Masukkan olive oil, lada kering dan bawang putih ke dalam fry pan. Kemudian nyalakan api
Bila bawang putih nampak perang, masukkan lala. Kemudian tutup pan. Biar 2 minit.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Lepas tu masukkan pasta. Gaul sebati dan padamkan api. Jangan terlalu lama. Nanti pasta akan mengembang. Ini boleh menjejaskan rasa pasta.

hidangkan bersama parsley.atau daun sup/bawang pun ok gak....
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.206 seconds