KETAM MASAK LEMAK

More
11 years 2 months ago #24601 by khumaira
KETAM MASAK LEMAK was created by khumaira






KETAM MASAK LEMAK

BAHAN:

4 ekor ketam besar

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang lada merah
3 biji buah keras
KISAR HALUS 7 BAHAN INI
1 inci kunyit hidup
1/2 cm belacan
1 hirisan nipis lengkuas

1 asam keping
1 helai daun kunyit
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji timun,buang kulit,dikerat 2 dan belah empat setiap keratan

CARA:

Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.

Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan cair.

Hidupkan api kembali dan masukkan santan cair ke dalam periuk. Diikuti
daun kunyit.biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula.

Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 5 months ago #31099 by mastersuse
Replied by mastersuse on topic KETAM MASAK LEMAK
waaaaaaaaaaaaaaaa my favourite!!!!!
sedap... sedap...
:yahoo:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 4 months ago #32484 by khumaira
Replied by khumaira on topic KETAM MASAK LEMAK
:positive: alahai...ketam mmg sedap.tp pk kan kulit dia,
hilang selera nk mkn dia.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.163 seconds